SIA batalkan penerbangan ulang-alik SG-Dubai hingga 28 Mac
Singapore Airlines (SIA) dan Scoot sekali lagi melanjutkan pembatalan penerbangan mereka ke Timur Tengah, di tengah-tengah perang ke atas Iran.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) dan Scoot sekali lagi melanjutkan pembatalan penerbangan mereka ke Timur Tengah, di tengah-tengah perang ke atas Iran.
Dalam kemas kini pada Rabu (11 Mac), SIA memaklumkan penerbangan SQ494 (Singapura–Dubai) dan SQ495 (Dubai–Singapura) akan dibatalkan sehingga 28 Mac disebabkan “situasi geopolitik di Timur Tengah”.
Syarikat penerbangan itu sebelum ini membatalkan penerbangan tersebut sehingga 15 Mac.
Syarikat penerbangan tambang jimat Scoot menyatakan bahawa penerbangan TR596 (Singapura–Jeddah) dan TR597 (Jeddah–Singapura) akan dibatalkan sehingga 17 Mac.
Ia mengendalikan penerbangan ke Jeddah sebanyak empat kali seminggu.
“Memandangkan situasi masih tidak menentu, penerbangan SIA lain mungkin turut terjejas,” kata SIA.
Singapore Airlines dan Scoot mula membatalkan penerbangan ke Timur Tengah sejak 28 Februari.
Para pelanggan SIA yang terjejas akan ditempatkan semula dalam penerbangan alternatif. Mereka juga boleh memilih untuk menerima bayaran balik penuh bagi bahagian tiket yang tidak digunakan.
“Para pelanggan juga amat digalakkan untuk mengemas kini butiran untuk menghubungi mereka melalui fungsi ‘manage booking’ di laman web kami atau melanggan perkhidmatan pemberitahuan mudah alih bagi menerima kemas kini berhubung status penerbangan mereka,” kata SIA.
Sebagai sebahagian daripada usaha Singapura untuk membawa pulang rakyatnya yang terkandas di Timur Tengah menyusuli perang yang tercetus, penerbangan pemindahan dari Oman dan Saudi Arabia sudah dikendalikan, dengan yang terakhir dikendalikan oleh Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF).
Satu lagi penerbangan pemindahan dari Arab Saudi dirancang pada Khamis.
Menurut maklumat di laman web masing-masing, penerbangan Emirates antara Singapura dan Dubai beroperasi seperti biasa, manakala Etihad Airways tidak mempunyai penerbangan antara Singapura dan Abu Dhabi sekurang-kurangnya sehingga Khamis.
Cathay Pacific pula sudah membatalkan semua penerbangan ke Riyadh sehingga 31 Mac, manakala penerbangan Japan Airlines ke Doha terjejas sehingga 22 Mac.
British Airways berkongsi di Facebook bahawa penerbangan ulang-alik ke Jordan, Bahrain, Qatar, Dubai dan Israel oleh pihaknya kekal dibatalkan sehingga lewat Mac, dengan penerbangan ulang-alik ke Abu Dhabi dibatalkan “sehingga lewat tahun ini”.
Syarikat penerbangan Jerman Lufthansa menyatakan ia sudah menggantung penerbangan ulang-alik ke banyak negara Timur Tengah, namun penerbangan berjadual ulang-alik ke Riyadh serta Jeddah akan diteruskan.
Walaupun pasaran global meningkat berikutan harapan bahawa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan menamatkan perang dengan Iran tidak lama lagi, Amerika Syarikat dan Israel pada Selasa melancarkan serangan hebat ke atas Tehran dalam apa yang disifatkan oleh Pentagon sebagai serangan udara paling dahsyat dalam perang tersebut.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.