Skip to main content

Singapura

SIA batalkan 2 penerbangan antara SG dan Dubai

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 22 Jun 2025 05:30PM Dikemas Kini : 22 Jun 2025 10:49PM
SINGAPURA: Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) membatalkan dua penerbangan antara Singapura dan Dubai pada Ahad (22 Jun) selepas menjalankan "penilaian keselamatan" terhadap situasi di Timur Tengah.

Dua penerbangan tersebut ialah:
SQ494 yang dijadual berlepas dari Singapura ke Dubai pada pukul 3.10 petang waktu Singapura dan
SQ495 yang dijadual berangkat dari Dubai ke Singapura pada pukul 7.45 malam (11.45 malam waktu Singapura).

SIA akan menghubungi semua pelanggan yang terjejas, menurut syarikat penerbangan tersebut.

Para pelanggan yang terjejas akibat penerbangan yang dibatalkan itu akan diletakkan ke dalam penerbangan alternatif atau mendapatkan bayaran balik penuh bagi bahagian tiket mereka yang tidak digunakan.

Memandangkan keadaan masih tidak menentu, penerbangan SIA yang lain antara Singapura dan Dubai mungkin terjejas, menurut SIA.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita