SIA bakal lancar penerbangan tanpa henti ke Lapangan Terbang Gatwick di London mulai Jun 2024
Anggaran Waktu Membaca:

Pesawat Singapore Airlines. (Gambar fail)
SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) akan melancarkan penerbangan tanpa henti antara Singapura dengan Lapangan Terbang Gatwick di London bermula Jun 2024.
Perkhidmatan sulung itu akan beroperasi lima kali seminggu, dedah syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan media pada Isnin (18 Dis).
Di samping empat perkhidmatan penerbangan seharian ke Lapangan Terbang Heathrow di London, jumlah penerbangan ke London kini naik kepada 33 perkhidmatan mingguan daripada 28 yang sedia ada.
Tiket bagi penerbangan SIA ke Lapangan Terbang Gatwick di London akan dijual secara progresif melalui pelbagai saluran pengedaran bermula Selasa (19 Dis), tambah syarikat penerbangan itu.
Tertakluk kepada kelulusan kawal selia, penerbangan SQ310 dari Singapura, akan beroperasi pada Isnin, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad, dedah SIA. Ia menambah bahawa penerbangan pertama akan berlepas dari Singapura pada 21 Jun 2024, pukul 11.55 malam.
Penerbangan pergi balik - SQ309 - dari Lapangan Terbang Gatwick akan beroperasi pada hari Isnin, Selasa, Jumaat, Sabtu dan Ahad, dengan penerbangan pertama berlepas pada 22 Jun 2024 jam 10.15 pagi waktu tempatan.
Penerbangan pulang akan tiba di Singapura pada 23 Jun 2024 pukul 6.20 pagi.
Jadual ketibaan pada awal pagi bakal menawarkan pilihan bagi pelanggan untuk menyambung penerbangan SIA dan Scoot, ke destinasi di seluruh Asia Tenggara, Australia dan New Zealand, tambah SIA.
SIA akan menggunakan pesawat jarak jauh Airbus A350-900nya untuk penerbangan ke Lapangan Terbang Gatwick di London, yang menampilkan 253 tempat duduk dalam tiga kelas kabin.
Terdapat 42 tempat duduk dalam Kelas Perniagaan, 24 tempat duduk dalam Kelas Ekonomi Premium, dan 187 tempat duduk dalam Kelas Ekonomi, tambah syarikat penerbangan itu.
Penambahan Lapangan Terbang Gatwick meningkatkan lagi jumlah destinasi ke Eropah dalam rangkaian SIA kepada 14.
Dengan pengenalan perkhidmatan baharu itu, "para pelanggan dapat pilihan penerbangan tambahan apabila mereka terbang antara Singapura dengan UK", kata Dai Haoyu, pemangku naib presiden kanan perancangan pemasaran SIA.
"Ia juga membuka pilihan perjalanan tambahan ke destinasi lain di Eropah dan rantau Asia Pasifik," tambahnya.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.