SIA akan lancar khidmat jalur lebar Starlink dalam penerbangan tertentu mulai awal 2027
Para penumpang Singapore Airlines tidak lama lagi dapat menikmati pengalaman Wi-Fi yang dipertingkatkan.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para penumpang Singapore Airlines tidak lama lagi dapat menikmati pengalaman Wi-Fi yang dipertingkatkan.
Ini apabila perkhidmatan jalur lebar berasaskan satelit orbit rendah Bumi (LEO) Starlink diperkenalkan secara berperingkat dalam penerbangan jarak jauh Airbus A350-900 SIA, ultra-jarak jauh A350-900 dan pesawat A380, mulai suku pertama 2027.
Starlink yang mempunyai lebih 10,000 satelit yang dilancarkan ke orbit rendah Bumi, boleh menyampaikan sambungan berbilang gigabit kepada pesawat menggunakan Terminal Aeronya, yang boleh menyokong sehingga 1 Gbps setiap antena.
Keterhubungan lebih pantas dan lancar dapat dijangkakan bagi para penumpang dalam semua kelas kabin untuk melakukan kegiatan seperti penstriman video, perkongsian kandungan menerusi media sosial, permainan video dan menghantar fail bersaiz besar.
Pelancaran khidmat itu dijangka selesai menjelang akhir 2029.
Para pelanggan SIA dalam Suite, Kelas Pertama, Kelas Niaga, anggota Kelab PPS serta anggota KrisFlyer yang menaiki penerbangan kelas Premium Ekonomi dan Ekonomi, masih boleh menikmati pengalaman Wi-Fi tanpa terhad SIA dalam pesawat dengan perkhidmatan Starlink.
"Keterhubungan pantas, lancar kini adalah bahagian penting dalam pengalaman perjalanan," kata Naib Presiden Kanan Pengalaman Pelanggan Singapore Airlines, Yeoh Phee Teik.
"Singapore Airlines sudah pun menawarkan khidmat Wi-Fi paling menyeluruh secara percuma dalam kesemua pesawat kami. Starlink akan membawanya ke tahap seterusnya dengan menyediakan keterhubungan berkelajuan tinggi generasi akan datang, membolehkan para penumpang kekal terhibur, terhubung dan produktif sepanjang perjalanan mereka, dengan pengalaman yang lebih lancar dari pesawat berlepas hingga ia mendarat."

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.