Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SHN pemegang permit kerja, Pas S sektor binaan dilanjutkan hingga 18 Mei

Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) bagi semua pemegang permit kerja dan Pas S dalam sektor binaan akan dilanjutkan selama dua minggu sehingga 18 Mei, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Jumaat (1 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
SHN pemegang permit kerja, Pas S sektor binaan dilanjutkan hingga 18 Mei

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 01 May 2020 02:23PM Dikemas Kini : 01 May 2020 02:25PM

SINGAPURA: Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) bagi semua pemegang permit kerja dan Pas S dalam sektor binaan akan dilanjutkan selama dua minggu sehingga 18 Mei, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Jumaat (1 Mei).

Para pekerja berkenaan dan tanggungan mereka yang diarahkan supaya mematuhi perintah tersebut sehingga 4 Mei, kini diwajibkan mematuhinya sehingga pukul 11:59 malam pada 18 Mei.

MOM menyatakan pihak berkuasa sedang memantau dengan teliti kes jangkitan dalam kalangan pekerja binaan yang tinggal di luar domitori, di mana sekatan terhadap pergerakan mereka masih dikuatkuasakan.

Jumlah jangkitan dalam kalangan kumpulan itu terus meningkat dan ia "lebih tinggi" berbanding masyarakat am.

Ini menunjukkan bahawa "jangkitan di tapak binaan dalam kalangan pekerja tersebut berlaku sebelum tempoh notis tersebut bermula," menurut MOM.

"Kes-kes yang kini dipantau mungkin sudah menjalani proses inkubasi lebih awal atau mungkin sudah merebak dalam kalangan kenalan rapat dan teman sebilik para pekerja," tambah MOM.

Notis tersebut yang dilanjutkan selama 14 hari bagi meliputi satu lagi kitaran inkubasi dapat membantu memutuskan rantaian jangkitan, berdasarkan penilaian kesihatan awam oleh Kementerian Kesihatan, tambah kenyataan tersebut.

"Kami menyedari kesannya terhadap kakitangan yang terjejas dan menghargai kerjasama mereka. Usaha mereka akan membantu membolehkan sektor tersebut dibuka semula," menurut MOM.

"Sejauh ini, sebahagian besar majikan telah menjaga pekerja mereka dengan baik. Kami perlukan mereka untuk terus melakukan demikian."

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan