SHF rancang buka pusat sejahteraan jantung ke-4
Presiden Tharman Shanmugaratnam dan isteri Jane Ittogi menyertai barisan artis di pentas semasa acara amal bagi menyambut ulang tahun ke-55 Yayasan Jantung Singapura, 'Resilient Hearts'. (Gambar: Yayasan Jantung Singapura)
Yayasan itu juga mempergiat usaha kesedarannya tentang kesihatan jantung,
dengan persembahan amal secara langsung yang pertama selepas 20 tahun.
Rancangan tersebut juga memberi penghormatan kepada pesakit jantung, penerima bantuan, dan sukarelawan
yang sudah menjadi sebahagian daripada program dan inisiatif yayasan itu sejak 55 tahun lalu.
SHF meluahkan harapan pusat kesejahteraan jantung baharunya yang akan dibuka di timur Singapura utu
dapat membantu lebih ramai pesakit jantung semasa pemulihan mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SHF, Geoffrey Ong berkata: "Terdapat ramai pesakit jantung di Singapura yang masih belum menerima perkhidmatan yang mencukupi.
"Berdasarkan pemahaman saya, dua hospital di Singapura merawat kira-kira 100,000 pesakit setiap tahun.
"Malah, kira-kira 3,000 hingga 4,000 pelanggan datang ke pusat kesejahteraan jantung kami.
"Kami mahu mendampingi seramai (pelanggan) yang mungkin.”
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.