Sheng Siong, FairPrice salur lebih S$2.26 juta caj beg pakai buang untuk sokong inisiatif sosial, alam sekitar
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para pelanggan Sheng Siong dan FairPrice membayar lebih S$2.44 juta bagi hampir 49 juta beg pakai buang pada separuh kedua 2023, menurut data daripada kedua-dua rangkaian pasar raya itu.
Daripada jumlah tersebut, lebih daripada S$2.26 juta disalurkan untuk tujuan sosial dan alam sekitar.
Singapura pada 3 Jul 2023, mengenakan caj bagi beg pakai buang di pasar raya sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan penggunaan beg plastik dan menggalakkan budaya kitar semula.
Langkah itu memerlukan para pengendali pasar raya untuk menerbitkan maklumat mengenai bilangan beg yang dikeluarkan, hasil yang mereka terima daripada caj beg tersebut dan bagaimana hasil itu akan digunakan.
Laporan oleh Sheng Siong yang dikeluarkan pada Jumaat (27 Dis) menunjukkan bahawa pelanggannya membeli 15,202,129 beg pakai buang antara 3 Jul 2023 dan 31 Dis 2023, membayar sejumlah S$760,106.45 untuk beg sedemikian.
Daripada jumlah yang dikutip, S$703,802.27 telah didermakan kepada Cabaran Presiden, sebuah platform pengumpulan dana, manakala baki S$56,304.18 dibayar kepada pemerintah sebagai cukai.
Sementara itu, FairPrice Group, dalam laporan yang dikeluarkan pada 20 Dis, mendedahkan bahawa pelanggan FairPrice membeli 33,630,364 beg pakai buang sepanjang tempoh yang sama, membayar sejumlah S$1,681,518.20 untuk beg tersebut.
Kira-kira S$1 juta digunakan untuk menyokong program Yayasan FairPrice, khususnya yang berkaitan dengan peningkatan kebajikan sosial, kesihatan dan pemakanan dalam kalangan kumpulan rentan.
Sejumlah S$124,556.90 telah dibayar kepada pemerintah dalam bentuk cukai, manakala hasil selebihnya disalurkan kepada pertubuhan-pertubuhan yang memperjuangkan kemampanan seperti World Wide Fund for Nature Singapore.
Secara keseluruhannya, pasar raya FairPrice dan Sheng Siong mengumpul sejumlah S$2,260,763.57 untuk tujuan sosial dan alam sekitar, menurut data kedua-dua rangkaian pasar raya.
Menurut kajian 2018 oleh Majlis Sekitaran Singapura (SEC), pengguna di Singapura mengambil kira-kira 820 juta beg plastik dari pasar raya setiap tahun, atau kira-kira 146 beg setiap orang setahun.
Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkata pada Januari tahun ini bahawa caj beg pakai buang telah mengurangkan bilangan beg plastik yang diambil oleh pengguna sebanyak kira-kira 50 peratus kepada 80 peratus.
Di bawah undang-undang, semua pengendali pasar raya dengan pendapatan tahunan lebih daripada S$100 juta mesti mengenakan bayaran sekurang-kurangnya 5 sen bagi setiap beg pakai buang.
Ini termasuk FairPrice, Cold Storage, Giant, Sheng Siong, Prime Supermarket, Don Don Donki, Hao Mart, Redman dan Ang Mo Supermarket.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.