Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sheng Siong akan serap kenaikan GST bagi kebanyakan barangannya dari Jan hingga Mac 2024

Anggaran Waktu Membaca:
Sheng Siong akan serap kenaikan GST bagi kebanyakan barangannya dari Jan hingga Mac 2024

Cawangan Sheng Siong yang terjejas. (Gambar: Facebook/Amy Khor)

SINGAPURA: Rangkaian pasar raya Sheng Siong akan melancarkan diskaun lawan inflasi selama tiga bulan pada 2024 ke atas kebanyakan barangannya untuk mengimbangi kesan kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

GST akan dinaikkan dari 8 peratus kepada 9 peratus pada tahun depan.

Sheng Siong mengumumkan pada Jumaat (1 Dis) bahawa diskaun satu peratus akan ditawarkan bagi pembelian di cawangan-cawangannya dari Januari hingga Mac 2024 untuk membantu pengguna mengurangkan kesan kenaikan harga.

Sungguhpun demikian, sesetengah barangan dikecualikan daripada diskaun tersebut.

Ia termasuk susu formula bayi (Peringkat 1 & 2), tembakau, arak, produk perubatan dan caj beg plastik pakai buang.

Sheng Siong sebelum ini menawarkan diskaun yang sama pada awal 2023 apabila GST dinaikkan dari 7 kepada 8 peratus.

Rangkaian pasar raya FairPrice juga mengumumkan bulan lalu bahawa ia akan menyerap kenaikan GST bagi 500 barangan asas pada separuh pertama 2024.
DISKAUN WARGA EMAS DILANJUTKAN

Sheng Siong juga akan melanjutkan pemberian diskaun 4 peratus untuk warga emas sehingga hujung tahun depan.

Warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) berumur 60 tahun layak mendapat diskaun apabila mereka menunjukkan kad pengenalan NRIC, kad Generasi Perintis atau Generasi Merdeka pada hari Selasa atau Rabu.

Had perbelanjaan sebanyak S$200 (US$150) akan dikenakan bagi setiap resit.

"Semasa pandemik, pengecualian dibuat untuk ahli keluarga yang menjalankan urusan runcit bagi pihak warga emas untuk mendapat manfaat daripada program diskaun warga emas," menurut Sheng Siong.

Aturan tersebut akan diteruskan, tambah Sheng Siong.

Generasi Perintis merujuk kepada mereka yang dilahirkan pada atau sebelum 31 Dis 1949 dan menjadi warga Singapura pada atau sebelum 31 Dis 1986.

Warga emas Generasi Merdeka termasuk mereka yang lahir antara 1 Jan 1950 dan 31 Dis 1959 dan menjadi warga negara ini pada atau sebelum 31 Dis 1996.

Inflasi teras Singapura meningkat kepada 5.5 peratus pada Januari dan Februari tahun ini, paras tertinggi dalam tempoh 14 tahun, sebelum ia merosot. Inflasi teras mencecah 3.3 peratus pada Oktober lalu.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan