Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SHATEC & NTUC ganding bahu pikat pekerja pertengahan kerjaya ceburi sektor perhotelan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Sep 2022 09:16PM Dikemas Kini : 13 Sep 2022 12:02AM
SINGAPURA: Satu daya usaha sedang dijalankan untuk memikat para pekerja pertengahan kerjaya untuk mengisi kerja kosong di hotel-hotel tempatan.

Ini sebagai salah satu huraian kepada kekurangan tenaga kerja sektor hospitaliti sedang sektor pelancongan beransur pulih.

Sebagai permulaan, sebuah program diploma perantisan di hotel dilancarkan bagi mereka yang baru mencari kerja mahupun mereka yang ingin bertukar kerjaya.

Perjanjian yang dimeterai antara Pusat Pendidikan Hotel dan Pelancongan Singapura (SHATEC) dengan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) NTUC serta 12 rakan industri perhotelan bertujuan membantu mereka yang ingin menyertai sektor hospitaliti.

Para peserta program baru selama 18 bulan tersebut akan menjalani latihan ketika ditempatkan di hotel-hotel.

Penempatan para pekerja di hotel-hotel seperti Hotel Raffles dan JW Marriot akan membolehkan mereka untuk mempercepatkan peningkatan kemahiran.

"Kami ingin memastikan kami mampu melengkapkan pelajar-pelajar kami dengan pengetahuan teori yang memadai sebelum menjalani latihan praktikal. Ini adalah masa yang baik kerana industri ini sangat kekurangan pekerja," kata Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Hotel & Pelancongan Singapura, Lim Boon Kwee.

"Kami ingin membantu anggota-anggota kami dan hotel-hotel dalam mendapatkan sebanyak mungkin pekerja untuk menyertai industri itu lebih awal lagi," tambah beliau.
Sumber : CNA/ZM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan