Sharael Taha bentang 3 saranan berkaitan pindaan PDPA
Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol, Sharael Taha, bangkit di Parlimen pada Isnin (2 Nov) untuk membentangkan beberapa saranan berkaitan pindaan terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).
SINGAPURA: Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol, Sharael Taha, bangkit di Parlimen pada Isnin (2 Nov) untuk membentangkan beberapa saranan berkaitan pindaan terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).
Di bawah pindaan itu syarikat-syarikat akan dikenakan denda lebih tinggi berhubung kebocoran data. Ia hangat dibahaskan di Parlimen oleh 13 AP atas pelbagai keprihatinan, termasuk soal kos tambahan yang perlu ditanggung pihak perniagaan dalam suasana ekonomi muram sekarang.
Syarikat-syarikat boleh didenda sehingga 10 peratus daripada pendapatan tahunan masing-masing atau S$1 juta - mana lebih tinggi kerana kebocoran maklumat. Pada masa lalu, jumlah dendanya tidak lebih S$1 juta.
Encik Sharael mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil.
Pertama, meningkatkan kesedaran golongan yang kurang celik digital supaya lebih sedar tentang apa yang mereka 'izinkan'.
Kedua, melakarkan garis panduan untuk memastikan penggunaan data yang beretika oleh pihak perniagaan dan pertubuhan.
Yang terakhir, pendidikan belia perlu dilakukan dengan program-program literasi yang merangkumi kesedaran mengenai perlindungan data peribadi, serta perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan dalam etika ekonomi digital.
"Belia kita sedang memasuki dunia di mana landskap digital sentiasa berkembang. Mereka mesti diperkukuh dengan nilai-nilai murni. Kita perlu bergantung kepada mereka untuk menentukan bagaimana data digunakan dengan beretika pada masa hadapan," kata Encik Sharael.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.