Shanmugam utus takziah atas pemergian pegawai SCDF maut dalam kebakaran kapal
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam menyampaikan takziah yang mendalam kepada keluarga pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang maut semasa memadamkan kebakaran di sebuah kapal pada Khamis (16 Mei).
Dalam catatannya di Facebook, Encik Shanmugam berkata kematian Kapten Kenneth Tay, amat menyedihkan.
CPT Tay merupakan seorang Komander Rota, di mana peranannya memerlukan beliau memimpin pasukan barisan hadapan untuk memberi respons kepada mana-mana insiden, demi melindungi orang awam.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), menurut Encik Shanmugam, akan membantu keluarga mendiang Kapten Tay dalam masa-masa sukar ini.
Siasatan mengenai punca kematian pegawai itu masih dijalankan.
Siasatan mengenai punca kematian pegawai itu masih dijalankan.
Sumber : BERITA Mediacorp/MU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.