Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Shanmugam tolak permohonan TOC gugurkan arahan POFMA

Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam menolak permohonan laman sosio-politik The Online Citizen (TOC) untuk menggugurkan perintah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (POFMA) yang dikeluarkan terhadap laman tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Shanmugam tolak permohonan TOC gugurkan arahan POFMA

(Petikan skrin: Instagram/Nicholas Zayden Tan)

Diterbitkan : 28 May 2021 01:53PM Dikemas Kini : 28 May 2021 02:06PM

SINGAPURA: Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam menolak permohonan laman sosio-politik The Online Citizen (TOC) untuk menggugurkan perintah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (POFMA) yang dikeluarkan terhadap laman tersebut.

"Syarat-syarat untuk mengeluarkan arahan pembetulan dipenuhi, dan permohonan itu tidak mengemukakan alasan yang munasabah," menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam kenyataannya pada Jumaat (28 Mei).

"Setelah menimbangkan dengan teliti permohonan itu, Menteri Ehwal Dalam Negeri telah memutuskan untuk menolaknya. The Online Citizen Asia sudah dimaklumkan tentang keputusan tersebut."

TOC pada 18 Mei berkongsi satu Instagram Story oleh pengguna @nichology yang mendakwa para pegawai polis mencemuh dan memarahi seorang wanita warga senja kerana tidak memakai pelitup.

Pasukan Polis Singapura (SPF) menegaskan pada keesokan hari bahawa dakwaan itu tidak benar sama sekali. Para pegawai polis terbabit sebenarnya membantu wanita itu, yang mengalami demensia, pulang ke rumahnya dan mereka juga membelikannya makanan, menurut SPF.

Pada 21 Mei, Pejabat POFMA mengeluarkan arahan pembetulan terhadap TOC. Arahan itu mewajibkan TOC menerbitkan notis di laman Facebooknya, dengan menyatakan bahawa catatan sebelumnya mengandungi kenyataan fakta yang salah. Ia juga dikehendaki membubuhkan pautan ke sebuah rencana di Factually, iaitu sebuah laman pemeriksaan fakta.

Pada 25 Mei, TOC memuat naik sebuah video di YouTube yang mendakwa kenyataan polis adalah tidak tepat. TOC turut mempersoalkan nada suara pegawai polis ketika berbicara dengan wanita tua itu, dan memuat naik temu bual dengan wanita warga tua itu, yang mendakwa para pegawai polis terbabit tidak membelikan makanan untuknya.

Polis juga mengambil langkah luar biasa untuk menerbitkan rakaman kamera yang dipasang pada tubuh pegawai polis untuk membuktikan kesahihan versi pihak polis.

Encik Shanmugam yang mempertahankan pihak polis menyifatkan video TOC sebagai satu "penghinaan" dan "berniat jahat".

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan