Skip to main content

Singapura

Shanmugam tegaskan lagi dakwaan Bloomberg berbohong dalam rencana jualan hartanahnya

Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam menegaskan lagi dakwaan beliau bahawa Bloomberg berbohong dan beliau sebenarnya disasarkan dalam laporan Bloomberg mengenai urus niaga hartanahnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Shanmugam tegaskan lagi dakwaan Bloomberg berbohong dalam rencana jualan hartanahnya

Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam berucap kepada media pada 9 Oktober 2025. (Gambar: CNA/Syamil Sapari)

Diterbitkan : 08 Apr 2026 08:57PM Dikemas Kini : 08 Apr 2026 08:58PM
SINGAPURA: Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam menegaskan lagi dakwaan beliau bahawa Bloomberg berbohong dan beliau sebenarnya disasarkan dalam laporan Bloomberg mengenai urus niaga hartanahnya.

Encik Shanmugam memberitahu demikian kepada mahkamah pada hari kedua perbicaraan saman fitnah terhadap Bloomberg dan seorang wartawan syarikat itu, Low De Wei.

Encik Shanmugam dan Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng mengemukakan saman itu ekoran rencana tahun 2024 oleh Bloomberg.

Mereka mendakwa rencana itu mencadangkan bahawa kedua-dua menteri itu bertindak secara tidak wajar dalam urus niaga hartanah mewah masing-masing.

Semasa perbicaraan, apabila ditanya oleh peguam bela mengenai dakwaannya bahawa Bloomberg berbohong, Encik Shanmugam berkata beliau percaya wartawan Bloomberg tidak telus sepenuhnya.

Encik Shanmugam juga tidak setuju dengan cadangan Bloomberg bahawa rencana itu adalah sebahagian daripada trend cerita lebih luas dan tidak menyasarkan beliau.

Berhubung perbahasan mengenai sama ada urus niaga itu adalah bagi kepentingan awam, pihak peguam bela menarik perhatian bahawa urus niaga banglo mewah GCB sering mendapat liputan media.

Encik Shanmugam akur bahawa wujud laporan sedemikian, namun kata beliau, lazimnya ia tidak berlaku setahun selepas urus niaga sebagaimana kes tersebut.
Sumber : CNA/DY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita