Shanmugam tangkis 'salah tanggap' bahawa pemerintah 'setuju' dengan perjanjian Income-Allianz sebelum dibatalkan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemerintah tidak mempunyai pengetahuan awal mengenai cadangan perjanjian antara Income Insurance dan syarikat insurans Jerman Allianz, kata Menteri Undang-Undang K Shanmugam pada Rabu (6 Nov).
Encik Shanmugam, yang juga Menteri Ehwal Dalam Negeri, berkata sedemikian sebagai respons kepada apa yang menurutnya satu "tanggapan salah" bahawa pemerintah sebelum itu telah "bersetuju" dengan perjanjian itu, namun menarik balik keputusan itu berikutan tindak balas awam.
Komennya di Facebook juga dibuat sebagai memberi respons kepada mantan CEO NTUC Income Tan Suee Chieh, yang sehari sebelum itu mengatakan bahawa menteri itu mempunyai "peranan penting" dalam keputusan pemerintah membatalkan urus niaga itu, yang akan membolehkan Allianz mendapatkan pegangan majoriti Income.
Encik Tan "mungkin telah melihat peranan dan pengaruh saya sebagai terlalu besar," tulis Encik Shanmugam.
Menteri itu kemudian berkata bahawa Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dan sebilangan besar pemerintah tidak tahu-menahu mengenai perjanjian itu, sehingga ia diumumkan kepada awam pada pertengahan Julai.
Beliau menambah bahawa memandangkan NTUC Enterprise (NE) - syarikat induk NTUC Income - adalah sebuah syarikat swasta dan Allianz merupakan syarikat tersenarai, perjanjian komersil sensitif sebegitu tidak boleh didedahkan kepada pihak ketiga, kecuali kepada badan kawal selia, kerana berbuat demikian menyalahi undang-undang.
"Dalam kes ini, kedua-dua NE dan Allianz menghormati dan mengikut undang-undang," katanya.
Perjanjian itu, diumumkan pada 17 Julai, mencetuskan bantahan orang ramai, dengan keprihatinan terhadap Allianz, sebuah syarikat berbilang negara yang besar, yang tidak sealiran dengan misi asal NTUC Income, untuk memenuhi keperluan pekerja berpendapatan rendah.
Penggubal undang-undang membincangkan perjanjian berkenaan di parlimen pada Ogos, sebelum Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong mengumumkan pada Oktober bahawa pemerintah akan membatalkan perjanjian itu.
"Pada waktu itu (di Ogos), ia dijelaskan, bahawa perjanjian masih lagi dipertimbangkan dan tertakluk kepada kelulusan kawal selia. Ini diulangi pada sesi Oktober yang seterusnya - bahawa perjanjian itu tidak diluluskan," kata Encik Shanmugam.
"Keputusan itu tidak 'ditarik balik' - tiada keputusan dibuat pada mulanya," katanya.
Encik Shanmugam menambah bahawa walaupun agensi berkaitan pada mulanya mengambil pandangan positif, ini berlaku sebelum seluruh fakta dimaklumkan kepada mereka.
"Apabila fakta itu jelas dan telah dikongsikan, sebagai sebahagian daripada proses membuat keputusan, keputusannya ialah perjanjian itu tidak boleh diteruskan," katanya.
“Jadi, andaian dan komen bahawa pemerintah secara keseluruhannya mesti mengetahui dan memberi keizinan bagi perjanjian itu, sebelum menarik balik keputusannya - ini semua adalah andaian, berdasarkan salah faham tentang apa itu undang-undang dan bagaimana sistem yang betul berfungsi, dengan penuh rahsia; dan mengabaikan fakta yang telah ditetapkan di Parlimen.”
SYARAT-SYARAT SULIT
Encik Shanmugam pada Rabu juga menggariskan satu lagi tanggapan salah - bahawa terdapat kekurangan "penyelarasan" dalam pemerintah berhubung perjanjian itu.
Beliau berkata syarat perjanjian itu didedahkan kepada Penguasa Kewangan Singapura (MAS), kerana ia tertakluk kepada kelulusan badan kawal selia.
“MAS tidak boleh terus-terusan mendedahkan syarat-syarat tersebut kepada bahagian lain pemerintah. Terma adalah sulit dan mudah berubah mengikut pasaran.”
Semasa menilai perjanjian itu, pasukan MAS menyedari bahawa pelan pengurangan modal ini mungkin berkaitan dengan MCCY dan memaklumkan lembaga pengarah MAS, yang seterusnya berkongsi butiran dengan MCCY.
"Apabila MCCY mengetahui butiran perjanjian itu, (ini selepas sesi parlimen Ogos), ia menyampaikan pandangannya," kata Encik Shanmugam.
Menteri itu menolak kenyataan bahawa MAS sepatutnya menyiarkan butiran itu kepada semua agensi pemerintah, menyatakan bahawa ia "melampau dan tidak boleh dipertahankan".
“Ia akan mengakibatkan pelanggaran kewajipan menjaga perkara sulit oleh MAS, menjejas kepercayaan terhadap pemerintah, dan merosakkan reputasi Singapura, sebagai hab komersil antarabangsa,” katanya.
“Dalam kes ini, perjanjian itu telah dibatalkan, dengan mengambil kira sepenuhnya undang-undang dan proses yang sewajarnya. Perjanjian itu diumumkan pada Julai. Pada Ogos, pemerintah memberikan pandangan sementara di Parlimen - dan terus mengkaji perkara itu selepas itu. MAS dan MCCY bekerjasama rapat.
"Dengan fakta penuh, pemerintah bertindak tegas untuk meminda Akta Insurans, atas dasar segera, untuk membatalkan perjanjian itu."
PERANAN DAN PENGARUH DIANGGAP "TERLALU BESAR”
Encik Tan, mantan CEO NTUC Income yang telah menentang perjanjian itu, berkata beliau telah mendekati Encik Shanmugam selepas percubaannya untuk menghubungi MAS dan NTUC gagal membuahkan hasil.
"Sepanjang perbualan kami, Encik Shanmugam mengambil maklum balas saya dengan serius, dan saya merasakan dia memainkan peranan penting dalam perbincangan dalaman yang akhirnya membawa kepada pembatalan perjanjian itu," kata Encik Tan dalam catatan Facebook pada Selasa (5 Nov).
“Pada 14 Oktober, hanya sejam sebelum parlimen bersidang, beliau menghubungi saya sekali lagi, memberikan penjelasan terperinci mengenai mengapa perubahan perundangan diperlukan untuk menghalang penjualan Allianz-Income. Sehingga itu, hanya segelintir yang percaya perjanjian itu akan dibatalkan."
Encik Tan juga sebelum ini menganggap bantahan orang ramai terhadap perjanjian itu sebagai faktor yang mempengaruhi keputusan pemerintah untuk membatalkannya. Dalam catatan Facebook pada 21 Oktober, beliau memuji keputusan itu sebagai "bab baharu dalam pendekatan pemerintah untuk menggalakkan pandangan berbeza".
Namun, Encik Shanmugam berkata: "(Suee Chieh) telah mengatakan beberapa perkara baik tentang saya. Dia mungkin melihat peranan dan pengaruh saya sebagai terlalu besar."
“Perjanjian itu, dan pandangan (Suee Chieh) mengenai perjanjian itu, tidak termasuk dalam bidang kuasa saya. Saya adalah saluran, menyampaikan pandangannya, kepada menteri yang berkaitan.
"Keputusan muktamad, untuk meminda Akta Insurans, diputuskan oleh (Perdana Menteri) sendiri, bersama-sama Kabinet."

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.