Shanmugam iktiraf 3 pegawai hawa Home Team sempena Hari Wanita Sedunia

(Gambar-gambar: K Shanmugam Sc/Facebook)
SINGAPURA: Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam memberikan pengiktirafannya atas sumbangan dan keberanian para pegawai wanita Home Team sebagai menghormati kaum Hawa sempena sambutan Hari Wanita Sedunia (IWD) yang jatuh pada Selasa (8 Mac).
Seiring dengan tema #BreakTheBias IWD tahun ini, Encik Shanmugam berkata para pegawai itu memecahkan tembok stereotaip dengan memikul tanggungjawab berat selaku petugas barisan hadapan.
Kempen #BreakTheBias bermatlamat untuk meraikan pencapaian wanita dalam bidang sosial, ekonomi, budaya dan politik.
"Mereka berkhidmat di barisan hadapan, bertugas dalam keadaan berbahaya untuk melindungi kita," kata Encik Shanmugam.
"Saya sudah berkongsi kisah ramai wanita yang luar biasa sepanjang beberapa tahun lalu - termasuk para pegawai Home Team kita," tambahnya.
HANTARAN ENCIK K. SHANMUGAM
Antara pegawai polis wanita yang diiktiraf oleh Encik Shanmugam dalam catatan Facebooknya adalah W/SSS Hazwani, Timbalan Ketua Pasukan Respons Kecemasan (ERT), ASP Nur Diana dan W/SSS Siti Aisyah Aidil, kedua-duanya juga anggota ERT.
BACA: 'Wanita, muda dan berani'; K Shanmugam serlahkan semangat waja W/SSS Siti Aisyah lindungi negara
Beliau berharap semua kisah teladan itu dapat mencetuskan inspirasi kepada generasi pegawai wanita yang seterusnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.