Shanmugam catat rekod peribadi angkat berat 125kg di pesta kecergasan Chong Pang
Menteri Undang-undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam berjaya memecahkan rekod angkat berat peribadinya dalam satu acara kesihatan di Chong Pang pada 27 November 2022. (Gambar: K Shanmugam Sc/Facebook)
pada Ahad (27 Nov) berjaya memecahkan rekod angkat berat peribadinya dalam satu acara kesihatan di Chong Pang.
Menulis dalam Facebook beliau, Encik Shanmugam, 63 tahun, berkata beliau berjaya mengangkat berat 125 kilogram, mengatasi rekod peribadinya sebelum ini seberat 105 kilogram.
"Ini adalah rekod peribadi terbaik", katanya.
Menurut beliau percubaan itu adalah satu cara untuk meningkatkan kesedaran tentang acara Fiesta Kecergasan Chong Pang dalam kawasan undinya di GRC Nee Soon, sekali gus menggalak lebih ramai orang untuk mengambil bahagian.
Berdasarkan catatannya di Facebook ramai yang menyahut cabaran beliau termasuk dua wanita warga emas sementara seorang lelaki muda mengangkat berat 140 kilogram.
Selepas acara itu, Encik Shanmugam sempat melakukan lawatan menemui penduduk di Chong Pang dan menyertai acara pengagihan dermasiswa kepada lebih 100 pelajar politeknik dan ITE.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.