Shanmugam, Balakrishnan berhujah supaya kes saman terhadap Lee Hsien Yang dibicarakan di SG
(Gambar: CNA/ AFP/Roslan Rahman)
Demikian menurut afidavit yang difailkan.
Menurut afidavit Encik Shanmugam, "Meskipun defendan berkata Singapura bukan tempat sesuai untuk mengadakan perbicaraan bagi tuntutan saya, dan United Kingdom adalah tempat lebih sesuai berbanding Singapura, ia tidak berasas".
Kedua-dua afidavit ditulis sebagai sokongan kepada permohonan menteri itu untuk memberikan dokumen kepada Encik Lee yang berada di luar Singapura.
Kes saman tersebut tercetus dari komen Encik Lee di akaun Facebooknya pada Julai tahun ini mengenai penyewaan banglo hitam dan putih oleh Encik Shanmugam dan Dr Balakrishnan di Ridout Road.
Pada 28 Ogos, kedua-dua menteri memohon untuk menyampaikan dokumen mahkamah kepada Encik Lee melalui Facebook Messenger dengan alasan bahawa ia tidak praktikal untuk menyampaikan dokumen tersebut di United Kingdom.
Permohonan tersebut melibatkan penyampaian dokumen dalam format dokumen mudah alih, atau PDF, termasuk arahan bahawa penyampaian dalam cara tersebut dianggap sebagai "penyampaian dokumen mahkamah kepada defendan yang baik dan mencukupi".
Peguam Dr Balakrishnan dan Encik Shanmugam dari Davinder Singh Chambers tidak dapat menentukan alamat Encik Lee di UK, tambah afidavit itu.
PERMOHONAN ADAKAN KES DIBICARAKAN DI SINGAPURA
Selepas gagal mematuhi syarat di dalam surat permohonan yang dihantar pada 27 Julai, Encik Lee menulis di Facebook dua hari kemudian bahawa beliau hanya menyatakan fakta. Beliau menambah bahawa kedua-dua menteri tersebut patut menyamannya di mahkamah UK, kerana beliau berada di negara itu pada waktu tersebut.
Para menteri tersebut kemudian memfailkan saman berasingan terhadap Encik Lee di Mahkamah Tinggi Singapura pada 2 Ogos.
Pada hari yang sama, peguam menghantar surat kepada Encik Lee melalui Facebook messenger. Surat itu memaklumkan Encik Lee mengenai prosiding saman yang dimulakan terhadapnya di mahkamah Singapura.
Dalam afidavit mereka bertarikh 14 Ogos, Encik Shanmugam dan Dr Balakrishnan mendedahkan perkataan menyinggung yang disebut dalam catatan Facebook Encik Lee. Mereka juga memberi contoh penerbitan yang berulang kali menunjukkan bahawa ia "menjejas perwatakan dan reputasi mereka, sehingga menyebabkan skandal, dibenci dan dihina orang awam".
Atas sebab-sebab tersebut, mereka mengalami kerugian dan kerosakan, tambah kedua-dua menteri tersebut.
Ketika berhujah supaya kes itu dibicarakan di Singapura, kedua-dua menteri berkata mereka dinasihati oleh peguam, dan percaya bahawa Singapura "adalah tempat yang jelas dan paling sesuai untuk mengadakan perbicaraan tersebut".
Encik Shanmugam dan Dr Balakrishnan memberi alasan bahawa mereka adalah menteri di Singapura, penduduk di negara ini, dan kata-kata yang menyinggungkan perasaan itu merujuk kepada insiden di Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.