SGTech lancar program bantu 300 syarikat dakapi AI
Persatuan perdagangan teknologi (SGTech) melancarkan latihan untuk membantu lebih banyak syarikat memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) pada Khamis (25 Sep).
Program bergelar "AI Impact Series" itu bertujuan mendekati 300 syarikat serta 1,500 karyawan menjelang Jun tahun depan untuk membantu syarikat-syarikat lebih kecil terus berkembang maju.
Di pelancaran program itu, pelbagai reruai tersedia bagi membantu syarikat-syarikat tempatan memahami lebih lanjut tentang alat-alat AI serta berbincang dengan para pakar untuk melihat sendiri bagaimana teknologi boleh membantu mereka.
Menerusi kursus selama dua hari yang dibangunkan bersama dengan Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD), syarikat-syarikat juga ditunjukkan bagaimana AI boleh meningkatkan daya penghasilan, memudahkan proses dan mereka semula pekerjaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.