Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SGT Al Asyraf Azman diiktiraf SCDF atas keberaniannya selamatkan budak hampir lemas

Sarjan (SGT) Al Asyraf Bin Azman, seorang pegawai polis dari Pasukan Polis Singapura (SPF) diiktiraf oleh SCDF pada Rabu (17 Mac) atas usahanya menyelamatkan seorang kanak-kanak yang hampir lemas.

Anggaran Waktu Membaca:
SGT Al Asyraf Azman diiktiraf SCDF atas keberaniannya selamatkan budak hampir lemas

SGT Al Asyraf Azman diiktiraf SCDF. (Gambar: SCDF/Facebook)

BERITAmediacorp: Sarjan (SGT) Al Asyraf Bin Azman, seorang pegawai polis dari Pasukan Polis Singapura (SPF) diiktiraf oleh SCDF pada Rabu (17 Mac) atas usahanya menyelamatkan seorang kanak-kanak yang hampir lemas.

Menurut catatan Facebook SCDF, SGT Asyraf, dari Pusat Polis Kejiranan Nanyang, yang tidak bertugas ketika itu, berada di kolam renang sebuah hotel apabila beliau ternampak seorang kanak-kanak yang tidak responsif di dalam kolam renang tersebut.

This afternoon, an officer from the Singapore Police Force (SPF) was recognised by SCDF for rescuing a drowning child....

Posted by Singapore Civil Defence Force on  Wednesday, 17 March 2021

SGT Asyraf bertindak pantas untuk menarik keluar kanak-kanak itu dari kolam renang berkenaan dan tanpa berlengah terus melakukan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) setelah mendapati kanak-kanak tersebut tidak responsif dan tanpa nadi.

Tanpa membuang masa, SGT Asyraf bersama bapa kanak-kanak itu memberikan bantuan pernafasan padanya.

Kanak-kanak itu kembali sedar sebelum pasukan perubatan kecemasan SCDF tiba di tempat kejadian.

Atas keberanian dan responsnya yang pantas dalam menyelamatkan nyawa kanak-kanak tersebut, SGT Asyraf diberikan Anugerah Penyelamat Masyarakat SCDF oleh Komander Divisyen Pertama SCDF Kolonel (COL)Shaiful Herman Shali.

SGT Asyraf memperolehi kemahiran CPR-AED dan pengetahuan tentang bantuan kecemasan melalui latihan asasnya di SPF.

Beliau juga telah mempelajari kemahiran menyelamatkan nyawa semasa di bangku sekolah.

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan