Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SGSecure lancar inisiatif digital, kekal pastikan SG selamat dari ancaman pengganas

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Memanfaatkan inisiatif digital untuk memastikan Singapura selamat daripada ancaman pengganasan.

Lebih banyak cara untuk mendampingi orang ramai, juga diperkenalkan pada Sabtu (27 Jul) oleh SG Secure.

Ini menyusuli rombakan dalam jerayawara gerakan itu, yang mendapat lebih banyak minat orang ramai dalam peranan yang perlu dimainkan orang ramai.

Sejak ia dilancarkan, jerayawara sedemikian menarik lebih 13,000 pengunjung.

Kali ini, SGSecure mengambil pendekatan yang berlainan.

Sebuah video, oleh artis tanah air, Nathan Hartono merupakan yang pertama seumpamanya bagi kempen tersebut.

Di sebalik sentuhan melodrama dan teater adalah usaha untuk menyampaikan bahaya pengganasan, dan peri pentingnya orang ramai untuk terus berwaspada terhadap ancaman.

Mengambil pendekatan yang belum pernah dilakukan sebelum ini, pihak penerbitan menjauhi unsur kemusnahan dan kesuraman keganasan.

Sebaliknya, penulis lagu Nathan Hartono mengatakan karya itu cuba menekankan peranan orang ramai terhadap keselamatan negara ini, menerusi cara yang kurang serius sambil tidak meremehkan isu tersebut.

SGSecure juga melancarkan akaun Instagram rasminya dalam usaha untuk mendampingi lebih ramai orang.

Saluran itu bakal menampilkan kandungan yang dapat mendidik masyarakat, serta memuat naik nasihat utama berhubung pengganasan dan ekstremisme.

Ia juga adalah sebahagian daripada usaha untuk menangani isu menjadi radikal sendiri, yang kekal sebagai pemacu ancaman domestik utama di Singapura.

"Kita telah memastikan Singapura selamat dan terjamin sejauh ini. Maka itu, orang ramai tidak fikir akan ada serangan pengganasan. Ia tiada dalam fikiran orang ramai," jelas Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam.

Encik Shanmugam menambah: "Tetapi itu tidak bermakna serangan tidak akan berlaku di sini, jadi kita perlu terus melakukan yang terbaik bersama-sama dengan agensi untuk mengesan, mencegah sebarang serangan pengganas, dan sekiranya serangan sedemikian dilancarkan, untuk menangani kesannya. Tetapi masyarakat secara keseluruhan mempunyai peranan yang besar untuk dimainkan."
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan