Skip to main content

Singapura

SGH lancar aplikasi baharu berupaya kesan tanda awal demensia

Sebuah aplikasi yang mengesan tanda-tanda awal demensia dalam kalangan warga emas, dengan tahap ketepatan sehingga 93 peratus, dijangka dilancarkan di seluruh negara pada tahun hadapan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 Jul 2025 07:11PM Dikemas Kini : 29 Jul 2025 12:49PM
SINGAPURA: Sebuah aplikasi yang mengesan tanda-tanda awal demensia dalam kalangan warga emas, dengan tahap ketepatan sehingga 93 peratus, dijangka dilancarkan di seluruh negara pada tahun hadapan.

Dicipta oleh Hospital Besar Singapura (SGH) dan GovTech, aplikasi PENSIEVE-AI itu dapat mengurangkan masa pemeriksaan bagi prademensia dari sekitar dua jam kepada hanya beberapa minit sahaja.

Ini sedang kadar diagnosis bagi prademensia dilaporkan rendah.

Satu kajian oleh Institut Kesihatan Mental (IMH) mendapati satu daripada 11 warga emas berusia 60 tahun ke atas mengalami demensia.

Sungguhpun demikian, menurut kajian SGH, prademensia - peringkat di mana tanda-tanda awal penyakit itu mungkin mula muncul - masih sangat kurang didiagnos iaitu pada 89.5 peratus.

Menurut doktor, penyakit demensia tidak boleh dipulihkan dan maka itu, pencegahan awal adalah anak kunci rawatannya.

"Adanya satu rawatan prademensia atau kurang daya kognitif tahap sederhana adalah jendela waktu di mana anda boleh melakukan lebih banyak intervensi - kedua-dua intervensi ubat, intervensi bukan ubat - serta juga untuk mencari punca-punca kurang daya kognitif yang boleh dicegah.

"Jadi dengan merawat semua ini, kami sebenarnya membantu mereka untuk mengekalkan mutu kehidupan yang baik. Ia tidak akan menjadi lebih buruk," kata Perunding Kanan Jabatan Psikiatri di SGH, Profesor Madya Liew Tau Ming.
Sumber : CNA/FZ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita