SGH guna sistem digital pantau peralatan, jimat 2,000 jam kerja
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sesetengah hospital di sini menjimatkan ribuan jam masa kerja setiap tahun dengan memanfaatkan teknologi seperti automasi dan robot.
Ini juga membantu hospital-hospital tersebut mengurangkan krisis tenaga manusia dalam sektor jagaan kesihatan, selain mengurangkan kos operasi.
Ini boleh bermakna, bil perubatan bagi pesakit mungkin juga lebih rendah.
Dengan hanya menekan butang
dan menyentuh skrin, puluhan sampel tisu tubuh boleh diproses pada satu masa dengan menggunakan bantuan mesin.
Sebuah makmal mikrobiologi Hospital Tan Tock Seng merupakan yang pertama di Singapura menggunakan sistem automatik bagi memproses kuman yang boleh menyebabkan jangkitan kulit.
Lazimnya, tugas itu dilakukan dengan tangan, dengan kakitangan makmal memerlukan masa berjam-jam lamanya untuk memproses ratusan piring ujian.
Namun dengan automasi, tugas tersebut dijalankan dengan lebih pantas dan para pesakit boleh mendapatkan hasil ujian dengan lebih pantas lagi.
Ini juga bermakna, hospital-hospital tidak perlu menggajikan lebih ramai kakitangan.
"Kami boleh melakukan lebih banyak sampel setiap FTE, atau kakitangan sepenuh masa, dan ia meningkatkan indeks daya penghasilan makmal, yang naik hampir 50 peratus," kata Dr De Partha Pratim, Ketua & Konsultan Kanan, Jabatan Perubatan Makmal Hospital Tan Tock Seng.
"Ini juga bermakna, dengan bertambahnya beban kerja, yang meningkat setiap tahun sekitar empat atau lima peratus, kami tidak perlu mengambil kakitangan baharu untuk melakukan tugas tersebut. Automasi menyerap beban kerja itu sambil mengekalkan masa yang diperlukan untuk mendapatkan hasil," tambahnya.
Di Hospital Besar Singapura (SGH)pula, sebuah pasukan memastikan peralatan pembedahan bersih dan selamat untuk digunakan di bilik-bilik pembedahan.
Mereka memperkenalkan sistem digital bagi membantu pekerja memantau peralatan tanpa menggunakan pena dan kertas.
Setelah sesuatu peralatan dibersihkan, pekerja boleh mengenal pasti dengan mudah di mana ia patut diletakkan.
Ini membantu SGH menjimatkan hampir 2,000 jam masa kerja bagi tugas tersebut.
Memandangkan mereka tidak lagi perlu melakukan tugas itu, para pekerja kini dialihkan kepada tugas-tugas lebih bernilai tinggi.
SGH juga menggunakan automasi supaya proses-proses penghantaran peralatannya berjalan dengan lebih cekap lagi.
Sebelum menggunakan automasi, lebih 10 pekerja perlu menjalani syif 10 jam setiap hari bagi memenuhi permintaan.
Namun sekarang, hanya tiga pekerja diperlukan.
"Sebelum kita ada sistem automatik ini, kita menggunakan operasi kita secara manual. Jadi banyak pergerakan, kita perlukan lebih ramai pekerja," kata Rosli Boedjang, Penolong Pengarah Jabatan Rantaian Bekalan, SGH.
"Bila digantikan dengan automasi, kita perlukan kurang pekerja, pekerja lebih kurang, kita boleh tingkatkan kemahiran pekerja untuk membuat pekerjaan yang menggunakan automasi. Gudang kita tidak perlu dibesarkan," tambahnya.
Sistem tersebut juga akan digunakan di Kampus Kesihatan Bersepadu Timur di Bedok.

Sumber : CNA/NY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.