Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SGH cipta alat turunkan suhu badan yang boleh selamatkan nyawa!

Para penyelidik dari Hospital Besar Singapura (SGH) berjaya menghasilkan alat yang dipakai untuk menurunkan dengan cepat suhu badan seseorang yang mengalami serangan jantung bagi menyelamatkan nyawanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Apr 2019 08:52PM Dikemas Kini : 10 Apr 2019 09:18PM

SINGAPURA: Para penyelidik dari Hospital Besar Singapura (SGH) berjaya menghasilkan alat yang dipakai untuk menurunkan dengan cepat suhu badan seseorang yang mengalami serangan jantung bagi menyelamatkan nyawanya.

Proses ini perlu bagi melindungi organ-organ penting seperti otak.

Sebelum ini, antara kaedah untuk menurunkan suhu badan termasuk menggunakan air batu.

Kaedah baru ini dapat membantu menurunkan suhu badan pesakit ke tahap sasarannya dalam masa 73 minit, iaitu dalam tempoh had keselamatan selama dua jam.

Pada masa ini, ia hanya digunakan di beberapa hospital tempatan.

Para penyelidiknya juga berkata alat tersebut boleh digunakan bagi tujuan lain seperti merawat kecederaan sukan atau mereka yang mengalami strok haba.

Sejauh ini, sekitar 60 pesakit sudah mendapat manfaat daripada penggunaan alat penyejuk ini yang boleh dicuci dan dipakai semula.

Sumber : CNA/HA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan