SGH akan beri pemahaman klinikal sokong pembangunan produk AI
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Hospital Besar Singapura (SGH) akan memberi pemahaman klinikal, bagi menyokong pembangunan produk-produk yang diupayakan kecerdasan buatan (AI), yang boleh diluaskan penggunaannya ke seluruh sistem jagaan kesihatan.
Ini termasuk alat yang boleh mengenal pasti masalah ingatan awal dalam kalangan warga emas, serta meramalkan risiko penyakit ginjal dalam kalangan pesakit kencing manis.
Bagi tujuan itu, dua perjanjian dimeterai di simposium 'AI bagi Kesihatan' pada Selasa (19 Mei).
Menteri Negara Kesihatan Rahayu Mahzam menarik perhatian bahawa kencing manis adalah salah satu cabaran kesihatan Singapura yang sangat meruncing, terutama dengan berlakunya komplikasi seperti kegagalan ginjal, buta dan amputasi.
"Kencing manis membinasakan para pesakit dan membebankan sistem jagaan kesihatan kita," tekannya.
Menjelaskan bagaimana produk AI itu dapat membantu pesakit menangani penyakit kencing manis, Cik Rahayu berkata: "Peralatan AI yang boleh membantu mengenal pasti individu-individu berisiko tinggi bagi intervensi awal bukan sahaja suatu pencapaian penyelidikan, ia juga suatu respons langsung kepada salah satu keperluan kesihatan sangat mendesak bagi penduduk kita."

Sumber : CNA/DY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.