SG60 'peristiwa penting' untuk warga SG perbaharui komitmen kepada negara
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ulang tahun ke-60 kemerdekaan Singapura harus dijadikan sebagai peluang untuk rakyat Singapura untuk bermuhasabah dan merenungkan nilai-nilai yang dikongsi bersama dan membina masa hadapan bersama, menurut Perdana Menteri Lawrence Wong pada Isnin (4 Nov).
“Tahun depan kita akan meraikan 60 tahun kemerdekaan Singapura. Ia akan menjadi ulang tahun ke-60 Singapura,” kata PM Wong semasa majlis jamuan malam sempena ulang tahun ke-60 Jawatankuasa Pengurusan Kelab Masyarakat (CCMC) Persatuan Rakyat (PA) di One Punggol.
Menyifatkannya sebagai "pencapaian penting", PM Wong berkata bahawa satu siri program dan acara sedang dirancang untuk meraikan peristiwa bersejarah itu.
“Tetapi SG60 bukan hanya mengenai perayaan. Ia adalah dan harus menjadi peluang untuk kita semua merenung nilai-nilai bersama kita, siapa kita sebagai rakyat Singapura dan apa yang kita perjuangkan,” kata PM Wong, yang juga Menteri Kewangan.
“Ia sepatutnya menjadi peluang untuk kita memperbaharui komitmen kita kepada Singapura, untuk memainkan peranan kita dalam membina masa depan kita bersama.”
MELIBATKAN SEMUA WARGA SINGAPURA
Menurut PM Wong, akan ada lebih banyak peluang dan platform pada tahun depan untuk rakyat Singapura berhubung antara satu sama lain dari semua lapisan masyarakat, dan menyumbang kepada masyarakat dan negara mereka.
Siri aktiviti selama setahun itu akan diadakan berdasarkan tema "Building Our Singapore Together", menurut Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dalam kenyataan medianya.
Ia akan mengukuhkan lagi inisiatif Melakar Hala Tuju Singapura (Forward Singapore), yang diterajui oleh PM Wong dan rakan-rakan pemimpin generasi keempat, untuk meneliti, menyemak semula dan menyegarkan kompak sosial negara ini. Ia bermula pada 2022, dengan laporan akhir dikeluarkan pada Oktober tahun lalu.
Beberapa sorotan termasuk Chingay, Exercise SG Ready, Hari Air Sedunia Singapura, Bulan Keharmonian Kaum dan Agama, Astaka Singapura di Ekspo Osaka 2025 dan Kejohanan Akuatik Dunia.
Sambutan SG60 menandakan perjalanan pembangunan Singapura sebagai sebuah negara dan "nilai-nilai berbilang budaya yang dikongsi bersama, keberanian, daya tahan dan keterbukaan", menurut MCCY.
Sambutan itu akan melibatkan warga Singapura dari pelbagai peringkat umur.
Majlis Belia Kebangsaan (NYC) dan PA akan mendampingi dan melibatkan belia melalui SG60 Youth Engagements, mulai Januari.
Golongan belia juga boleh mengambil bahagian dalam perbincangan itu secara peribadi, pameran bergerak dan pendampingan digital, untuk berkongsi aspirasi mereka untuk masa depan dan bagaimana mereka boleh menyumbang kepada Singapura.
Terdapat juga Gerakan FutureYOUth yang meliputi kesihatan mental, keharmonian kaum dan agama serta kemampanan dan alam sekitar.
Dari April tahun depan hingga Mac 2026, inisiatif Taman Tugu Pengasas yang diberi nama “Project Citizens – The First Million” juga akan dilancarkan untuk memaparkan kisah generasi pengasas Singapura, di samping mencerminkan nilai-nilai negara dari tahun-tahun awalnya sehingga ke masa hadapan.
Ia akan menjadi ciri kekal Taman Tugu Pengasas apabila ia dibuka pada 2028.
Projek ini akan melibatkan tiga bahagian: Mengumpul kisah perjalanan hidup warga emas, menganjurkan pameran bergerak di seluruh negara dan mengadakan pameran di Galeri Nasional Singapura yang diberi nama “Not Mere Spectators: The Makings of Multicultural Singapore”.
Ekstravaganza Hari Kebangsaan Singapura pada 9 Ogos, Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP), akan diadakan di Padang, yang akan menampilkan tarikan kegemaran orang ramai seperti pertunjukan udara dan pertunjukan bunga api.
Untuk membolehkan lebih ramai rakyat Singapura mengambil bahagian dalam perayaan bersejarah itu, sambutan NDP akan diperluaskan ke kawasan Marina Bay, dan kawasan-kawasan kejiranan. Sekolah-sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi juga akan mengadakan acara, begitu juga dengan masyarakat Singapura di luar negara.
MENYELESAIKAN ISU MASYARAKAT
Pada acara siang tadi (4 Nov), PA menandakan ulang tahun ke-60 CCMC, yang ditubuhkan pada Oktober 1964.
Turut hadir kira-kira 700 pengerusi CCMC dan pemimpin akar umbi, bersama Timbalan Pengerusi PA merangkap Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong.
CCMC mengurus dan menyelenggara semua kelab masyarakat di merata Singapura, dan menganjurkan program-program untuk menyatukan penduduk.
PM Wong, yang juga Pengerusi PA, berkata kelab-kelab masyarakat berjaya menyatukan rakyat daripada pelbagai etnik dan budaya.
"Semasa COVID-19, kelab-kelab masyarakat berfungsi sebagai tempat agihan pelitup, token TraceTogether (dan) kit ART, dan kemudiannya menjadi pusat vaksinasi," katanya lagi.
PM Wong telah mempengerusikan bersama pasukan bertindak berbilang kementerian semasa penularan wabak itu.
Beliau menggesa CCMC mencari jalan untuk menyegarkan semula kelab-kelab masyarakat supaya dapat terus mendampingi dan menggembleng masyarakat.
PM Wong mengumumkan bahawa dalam tempoh 12 bulan akan datang, 10 kelab masyarakat di seluruh negara akan dilengkapi dengan Ruang Inovasi Masyarakat untuk para penduduk, sukarelawan dan pertubuhan korporat mencipta dan menguji huraian-huraian inovatif bagi menangani keperluan masyarakat.
Hackathon Inovasi Masyarakat juga akan diadakan pada suku pertama tahun depan untuk para peserta menyelesaikan isu-isu masyarakat menggunakan huraian-huraian inovatif.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.