SG60 It's Giving Fest tampilkan filem pendek & lagu ciptaan pelajar, bertema 'membangunkan SG bersama'
Anggaran Waktu Membaca:
Salah satu filem pendek - Lion Heart yang dicipta oleh sekumpulan pelajar Politeknik Singapura. (Gambar: Muhammad Danial Hakim)
SINGAPURA: Berbaki kurang sebulan lagi sebelum kita menyambut Hari Kebangsaan, sambutan SG60 rancak diadakan pada setiap hujung minggu.
Pesta muzik Cloud 9 Mediacorp diadakan semula pada Sabtu (12 Jul) sebagai sebahagian daripada acara 'It's Giving Fest', iaitu inisiatif dipacu belia yang dianjurkan dengan kerjasama Gov.sg.
Selama dua hari di *SCAPE, acara 'It's Giving Fest' bertujuan menonjolkan pelbagai aspirasi belia dan tindakan sosial oleh golongan belia.
Konsert Cloud 9 pada Sabtu menampilkan barisan artis tempatan termasuk Lullaboy, Tasha Low, Alyph, Shye dan Ben Hum.
Acara itu dirasmikan oleh DJ tempatan Kohsh dan Kiara, yang memutarkan lagu-lagu rancak seperti 'Shape Of You' oleh Ed Sheeren dan 'Call Me Maybe' oleh Carly Rae Jepsen.
Para penonton yang menyaksikan konsert itu cukup bersemangat, dengan ramai yang menunjukkan keghairahan masing-masing sambil mendengar lagu-lagu yang diputarkan.
Pelakon dan penyanyi tempatan Tasha Low pula mendendangkan lagunya 'Everything You Wanted' secara langsung buat kali pertama di pesta muzik Cloud 9 Mediacorp pada 12 Julai 2025.

Acara 'Its Giving Fest' pada Sabtu turut menampilkan lapan filem pendek dan lima lagu yang dicipta oleh para belia bertemakan "membangunkan Singapura bersama".
Di bawah program 'SG60 Flex Your Passion Open Call and Mentorship', para pelajar dari Institut Pengajian Tinggi diberi bimbingan oleh para mentor filem seperti He Shuming, Don Aravind, Tariq Mansor dan Nicole Midori Woodford, serta mentor muzik Shazza, Lullaboy dan Shye.
"Acara sebegini bantu tingkatkan keyakinan kita, terutama sekali apabila kita melihat hasil karya kami dipamerkan kepada orang ramai.
"Seluruh masyarakat berada bersama kami, dan kami berbesar hati kerana diberikan sokongan," kongsi Krisha, salah seorang pencipta filem pendek Lion Heart.
Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakt dan Belia David Neo berkata: "Pesta SG60 ini adalah paparan dan sambutan daya kreativiti golongan belia kami dan keinginan mereka untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.
"Ia adalah sebahagian daripada usaha pemerintah untuk memberi wadah kepada belia untuk mencapai aspirasi dan cita-cita mereka, platform untuk melaksanakan minat mereka dan memperkasakan golongan belia memimpin tindakan sosial dan masyarakat."
Acara 'Its Giving Fest' akan diteruskan pada Ahad dari pukul 11.00 pagi hingga 9.30 malam di *SCAPE, menampilkan barisan artis-artis baharu di konsert Cloud 9 Mediacorp bermula pukul 7.00 malam.
Para pengunjung boleh menjangkakan persembahan dari penyanyi tempatan seperti Benjamin Kheng, Shazza, Fariz Jabba dan lebih ramai lagi.
Butiran lanjut mengenai acara 'It's Giving Fest' boleh didapatkan di laman rasminya.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.