Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG Yang Lebih Inklusif: Acara Purple Parade raikan golongan kurang upaya

Anggaran Waktu Membaca:
SG Yang Lebih Inklusif: Acara Purple Parade raikan golongan kurang upaya

(Gambar: The Purple Parade/Facebook)

Diterbitkan : 29 Oct 2022 10:29PM Dikemas Kini : 29 Oct 2022 10:30PM

SINGAPURA: Satu rancangan dilakar untuk memupuk generasi pemimpin kurang upaya akan datang sebagai sebahagian usaha untuk membina Singapura yang lebih inklusif. 

Demikian diumumkan di acara Purple Parade, iaitu acara yang meraikan golongan kurang upaya. 

"Jika Singapura ingin menjadi inklusif, kita akan mempunyai kedua-dua pemimpin biasa dan golongan tanpa keperluan khas bekerjasama untuk memastikan impian mereka, visi inklusiviti dan mutu kehidupan yang baik bagi semua menjadi satu kenyataan," kata Datuk Bandar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Tengah, Cik Denise Phua, yang juga penasihat gerakan berkenaan. 

Perdana Menteri Lee Hsien Loong merasmikan acara tersebut yang dihadiri lebih 10,000  peserta. 

Sebuah konsert turut diadakan sebagai sebahagian acara tersebut dengan hampir separuh persembahan disertai golongan kurang upaya. 

Salah satu persembahan adalah The Purple Symphony, iaitu orkestra inklusif terbesar Singapura. 

"Melihat ramai orang dan banyak pertubuhan yang turut serta, ia benar-benar menunjukkan bahawa Singapura sedang menuju ke arah inklusiviti. Dan saya boleh lihat orang ramai sedang meraikan keupayaan golongan yang kurang upaya," ujar Maximillian Tan, salah seorang anggota jawatankuasa penganjur acara tersebut.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan