SG, Vietnam teroka ketersambungan udara lebih baik, pertingkat hubungan dua hala
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Lee Hsien Loong)
HANOI: Singapura dan Vietnam sedang berusaha meningkatkan ketersambungan udara, sedang kedua-dua negara cuba mengukuhkan hubungan dua hala.
Ia merupakan ulang tahun ke-10 kerjasama strategik Singapura-Vietnam, dan menandakan 50 tahun hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Satu kerjasama yang dipertingkatkan dijangka diperluaskan dalam sektor perdagangan, pertahanan dan pendidikan.
TAMAN PERINDUSTRIAN VIETNAM-SINGAPURA
Kedua-dua negara Asia Tenggara sudah berkongsi hubungan dua hala yang luas di dalam pelbagai bidang kerjasama, seperti taman perindustrian Vietnam-Singapura.
Dengan tambahan empat taman baharu yang diumumkan pada Selasa (29 Ogos) oleh Sembcorp Industries disenaraikan Singapura, dan syarikat pembangunan perindustrian Vietnam, Becamex, 17 taman sedemikian kini wujud.
Lagi 10 taman perindustrian sudah dicadangkan untuk dibangunkan.
Ia sudah menarik pelaburan bernilai lebih S$18 bilion (S$24 bilion) dan mencipta sekitar 300,000 pekerjaan.
BANYAK POTENSI DALAM EKONOMI VIETNAM
Meskipun syarikat-syarikat Vietnam belum berkembang di luar negara pada skala yang besar berbanding syarikat Singapura, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata peluang yang dicipta di Vietnam juga menawarkan pekerjaan buat penduduk di Singapura.
PM Lee menambah bahawa ia tidak sama seperti syarikat China yang melabur di luar negara "dengan cara yang agak ketara" berikutan peningkatan ekonomi China.
Beliau memetik kehadiran syarikat teknologi China seperti TikTok dan Alibaba di Singapura pada hari ini.
KERJASAMA TAMBAHAN
Sementara itu, perjanjian rangka kerja antara kedua-dua negara itu sudah meningkatkan banyak bidang kerjasama seperti teknologi maklumat (IT), perkhidmatan kewangan dan pengangkutan, kata PM Lee.
Perjanjian yang dipertingkatkan semasa lawatannya termasuk bidang baharu seperti ekonomi digital dan hijau.
Perjanjian lain yang dimeterai termasuk dalam bidang perdagangan dan kemampanan, dengan lebih banyak kerjasama dijangkakan pada masa hadapan.
PM Lee menambah bahawa sebagai anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), "Singapura dan Vietnam berkongsi tanggungjawab dalam kestabilan dan kemakmuran rantau ini."
HUBUNGAN PENDIDIKAN
Singapura dan Vietnam juga sedang merancang untuk mewujudkan kerjasama pendidikan lebih rapat antara para pelajar dengan guru mereka, dengan satu perjanjian dimeterai untuk meningkatkan pertukaran.
Ketika lawatannya, PM Lee menyertai rakan sejawatannya Pham Minh Chinh untuk berjumpa dengan ketua belia dari kedua-dua negara semasa satu program pertukaran tahunan.
Inisiatif itu bertujuan untuk menggalakkan penghargaan lebih tinggi bagi dasar negara masing-masing melalui lawatan dan sesi dialog.
Enci He-Ruiming, ketua delegasi Program Pertukaran Ketua Belia Singapura-Vietnam, berkata kedua-dua negara mempunyai banyak persamaan, dan banyak yang dapat dipelajari antara satu sama lain.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.