SG-Vietnam rancang pertingkat ketersambungan udara sebagai antara usaha perkukuh hubungan dua hala
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Mediacorp
SINGAPURA: Singapura dan Vietnam meneroka usaha meningkatkan ketersambungan udara antara kedua-dua negara.
Ini sedang kedua-dua pihak ingin membawa hubungan dua hala ke tahap selanjutnya menerusi Perkongsian Strategik Menyeluruh.
Ia mungkin meliputi aspek kerjasama yang luas termasuk perdagangan, pertahanan dan pendidikan.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong mendedahkan demikian semasa menggulung lawatannya ke Vietnam.
Membuka ruang udara bagi membenarkan penerbangan ulang-alik dari Singapura, Vietnam serta negara ketiga.
Itulah antara perkara yang mungkin dimulakan kedua-dua negara di bawah perkongsian yang dipertingkat.
"Apabila anda menukar labelnya, hakikatnya terdapat penambahbaikan pada hasilnya. Salah satu bidang yang menjadi tumpuan kami, dan telah kami sarankan kepada pihak Vietnam, adalah perjanjian khidmat udara. Kami perlu cari satu pakej substantif agar apabila kami melangkah ke Perkongsian Strategik Menyeluruh, istilah itu akan membawa makna," kata PM Lee.
Kedua-dua negara sudahpun berkongsi hubungan dua hala yang meluas dalam pelbagai bidang kerjasama, contohnya Taman Perindustrian Vietnam-Singapura.
Dengan penambahan empat taman baharu, kini terdapat 17 kesemuanya.
Ini merupakan taman-taman industri yang dilaburkan Singapura secara strategik di Vietnam bagi menawarkan para pengilang huraian tenaga bijak.
Ia sudahpun menarik lebih AS$18 bilion (S$24 bilion) dalam bentuk pelaburan asing serta mewujudkan 300,000 pekerjaan.
"Ia sebuah projek yang cukup berhasil, yang memberi sumbangan ketara kepada ekonomi Vietnam serta hubungan dua hala kami, kerana ia melambangkan apa yang boleh dicapai kedua-dua negara secara bersama," tambah PM Lee.
Meskipun syarikat-syarikat Vietnam belum berkembang ke luar negara pada skala besar seperti firma-firma Singapura, PM Lee berkata pelbagai peluang di Vietnam turut menciptakan pekerjaan buat rakyat Singapura.
Beliau menambah, terdapat banyak potensi dalam ekonomi Vietnam.
PM Lee berkata: "Saya tidak melihat perlunya timbal balik dari segi pelaburan Vietnam perlu sepadan dengan pelaburan kita di Vietnam. Saya rasa ia akan datang dengan sendiri apabila ekonomi mereka berkembang dan mencapai suatu tahap lebih tinggi di mana syarikat-syarikat mahu menebarkan sayap ke luar negara. Sama seperti syarikat-syarikat China yang kini sudah menembusi luar negara dengan begitu ketara dan banyak kini berada di Singapura."

Sumber : CNA/FZ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.