SG, Vietnam raikan ulang tahun ke-50 jalinan hubungan diplomatik, sasar kerjasama lebih erat
SINGAPURA: Singapura dan Vietnam akan bekerjasama lebih rapat dalam bidang ekonomi hijau dan digital, serta perdagangan.
Demikian antara kesepakatan yang dimeterai sempena kunjungan rasmi tiga hari Perdana Menteri Vietnam ke Singapura.
Lagu Kebangsaan Vietnam berkumandang di Istana bagi mengalu-alukan ketibaan Perdana Menteri Pham Minh Chinh yang berkunjung buat pertama kali.
Semasa pertemuan bersama Presiden Halimah Yacob, kedua-dua pemimpin mengesahkan hubungan kukuh dua hala.
Encik Pham sempat bertukar-tukar pandangan dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong tentang perkembangan serantau serta global.
Mereka turut menyaksikan acara menandatangani empat perjanjian, termasuk Kerjasama Ekonomi Hijau-Digital.
Semasa kunjungan ke sini, Encik Pham juga dijadual bertemu Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong serta para pemimpin kanan lain Singapura.
Sebagai satu penghormatan, sejenis bunga orkid hibrid turut dinamakan sempena Perdana Menteri Vietnam itu dan isteri.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.