Skip to main content

Singapura

SG & Vietnam perluas skop kerjasama ekonomi; meterai persetujuan berhubung kemampanan, inovasi

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 28 Aug 2023 07:55PM Dikemas Kini : 29 Aug 2023 12:20AM
SINGAPURA: Singapura dan Vietnam pada Isnin (28 Ogos) memeterai perjanjian untuk meluaskan kerjasama ekonomi dua hala antara kedua-dua negara.

Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan Tan See Leng dan Menteri Perancangan dan Pelaburan Vietnam Nguyen ChiDzung bertukar-tukar surat yang menguatkuasakan penambahbaikan Perjanjian Rangka Kerja Keterhubungan Singapura- Vietnam.

Perjanjian Rangka Kerja Ketersambungan CFA yang dipertingkat itu akan meluaskan skop Kerjasama Ekonomi dua hala Singapura dengan Vietnam.

Ini merupakan penaikan taraf dan peluasan pertama CFA sejak ia dimeterai pada 2005.

Daripada enam sektor kerjasama sebelum ini yang digariskan dalam perjanjian rangka kerja itu, versi yang dipertingkat itu kini meliputi lima tiang utama merangkumi 11 bidang, termasuk ketersambungan tenaga, kemampanan, prasarana, digital dan inovasi serta ketersambungan.

Singapura dan Vietnam juga memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) berhubung Program Pertukaran Bakat Inovasi bagi "membolehkan karyawan Singapura mendapat peluang pekerjaan dalam bidang berkaitan inovasi di Vietnam dan tempatan, dan begitu sebaliknya".

Kedua belah pihak telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah pasukan bertindak bersama untuk menyokong pelaksanaan MOU tersebut.

Kedua-dua negara turut sedia maklum berhubung kemajuan yang dicapai dalam bidang-bidang kerjasama berhubung perubahan iklim dan daya tenaga boleh diperbaharui.

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong serta rakan sejawatannya dari Vietnam Pham Minh Chinh menyaksikan proses memuktamadkan kerjasama tersebut.

"Kesimpulan kerjasama ini, yang disaksikan pemimpin Singapura dan Vietnam, memberi isyarat mengenai komitmen kedua-dua negara untuk memperkukuhkan kerjasama dalam bidang-bidang yang kian berkembang dalam ekonomi hijau, ekonomi digital serta inovasi," kata Dr Tan.

LAWATAN SELAMA TIGA HARI OLEH PEMIMPIN SG

Lawatan Dr Tan ke Vietnam adalah sebahagian daripada lawatan rasmi PM Lee selama tiga hari dari 27 hingga 29 Ogos.

Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan dan Menteri Pendidikan Chan Chun Sing juga mengiringi PM Lee dalam lawatan tersebut.

Lawatan tersebut juga sempena ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Singapura-Vietnam - yang turut menandakan 10 tahun sejak kedua-dua negara menjalin Kerjasama Strategik.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita