SG, Vietnam perkukuh perkongsian dalam ekonomi digital, hijau bagi harungi cabaran global
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura dan Vietnam mahu mengukuhkan perkongsian dalam ekonomi-ekonomi digital dan hijau.
Ini sedang kedua-dua negara menganjakkan lagi hubungan dua hala ke tahap seterusnya.
Perdana Menteri Lawrence Wong berkata dengan bekerjasama, Singapura dan Vietnam dapat mengemudi cabaran-cabaran dalam sekitaran sejagat yang kian tidak menentu sekarang.
Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam To Lam berada di Singapura untuk melakukan lawatan rasmi atas undangan PM Wong.
Beberapa Memorandum Persefahaman dimeterai dalam bidang-bidang seperti transformasi digital, perdagangan kuasa angin lepas pantai dan membanteras jenayah rentas negara.
Kedua-dua negara juga bersetuju untuk memperkukuh hubungan dalam bidang keselamatan, industri mampan dan tenaga, dengan sasaran sifar bersih pelepasan karbon menjelang 2050.
Selain itu, Singapura dan Vietnam juga akan meningkatkan pertukaran sesama rakyat dan saling menyokong satu sama lain dalam ASEAN.
PM Wong berkata: "Ada banyak yang boleh kita kecapi untuk manfaat bersama dan dalam sekitaran sejagat tidak menentu yang kita saksikan hari ini.
"Bahkan menjadi lebih genting lagi bagi negara-negara sealiran pendapat seperti Singapura dan Vietnam untuk berganding bahu, kedua-dua secara dua hala dan juga untuk mengukuhkan ASEAN.
"Inilah yang kita benar-benar mahu lakukan menerusi CSP (Perkongsian Strategik Menyeluruh)."
Bagi memudahkan perkongsian itu, kedua-dua pemimpin mengarahkan kementerian ehwal luar masing-masing untuk membangunkan satu rangka tindakan yang meliputi bidang-bidang kerjasama.
PM Wong dan Encik Lam juga berbincang tentang pertikaian Laut China Selatan.
Mereka menegaskan pendirian ASEAN berhubung satu ketetapan aman yang menghormati undang-undang antarabangsa.
Kedua-dua pemimpin juga menggesa agar pihak-pihak terbabit mengawal diri serta melaksanakan sepenuhnya Perisytiharan Tatalaku dan Kod Tatalaku yang substantif.

PM Wong kemudian menjadi hos jamuan tengah hari buat Encik Lam.
Beliau berkata kerjasama ekonomi adalah asas kepada hubungan dua hala antara Singapura dengan Vietnam.
Salah satu tunjangnya adalah Taman Perindustrian Vietnam-Singapura yang akan berkembang kepada 20 - merentasi 14 wilayah negara itu.
Vietnam sedang melangkah ke sebuah era baharu yang tertumpu kepada pembangunan mampan dan transformasi digital.
PM Wong berkata semua itu seiring dengan keutamaan penting Singapura dan beliau yakin hubungan dua hala ini akan terus mekar serta membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Sumber : CNA/FZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.