SG, Vietnam meterai 12 perjanjian dalam bidang kemampanan, pendigitalan dan khidmat kewangan
Anggaran Waktu Membaca:
HANOI: Syarikat-syarikat serta pertubuhan-pertubuhan dari Singapura dan Vietnam
baru sahaja memeterai 12 perjanjian dalam bidang kemampanan, pendigitalan dan khidmat kewangan pada Jumaat (7 Jul).
Bercakap di Forum Perniagaan Serantau Singapura Ke-7 di Hanoi, Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan Dr Tan See Leng berkata pemeteraian perjanjian-perjanjian tersebut akan membuka laluan untuk kedua-dua negara meningkatkan kerjasama.
Iaitu dalam bidang inovasi, daya tenaga boleh diperbaharui dan pasaran karbon.
"Kami sedang meneroka bakat inovasi, bagaimana kami boleh memanfaatkan kepakaran dan kekuatan kedua-dua negara untuk melengkapkan satu sama lain dari segi skala pembangunan", kata Dr Tan.
Lebih 420 pertubuhan dari 32 negara menghadiri forum itu yang diadakan di luar negara buat pertama kalinya.
Dr Tan menganggapnya sebagai suatu tanda positif.
Beliau juga mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan sejawatanya, menjelang lawatan Perdana Menteri Lee Hsien Loong ke Vietnam bulan depan.

Sumber : CNA/AI/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.