Skip to main content

Singapura

SG, Uzbekistan pertingkat kerjasama sektor penerbangan & pengangkutan darat

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura dan Uzbekistan memeterai kesepakatan untuk tingkatkan kerjasama di bidang pengangkutan, khususnya penerbangan awam dan pengangkutan darat.

Ia termasuk bidang sumber tenaga manusia, serta kajian dan inovasi bagi sektor tersebut.

Memorandum Persefahaman (MOU) itu adalah antara lapan perjanjian yang bertukar tangan pada hari terakhir kunjungan rasmi Presiden Uzbek Shavkat Mirziyoyev ke Singapura.

Di Istana siang tadi, Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Presiden Mirziyoyev menyaksikan pemeteraian pelbagai perjanjian antara para menteri masing-masing.

Mereka turut membincangkan perkembangan peringkat serantau dan global.

Sebelum itu, Presiden Uzbekistan bertemu dengan Presiden Halimah Yacob, yang menggalakkan Uzbekistan untuk menjadikan Singapura sebagai pintu masuk ke rantau Asia Tenggara.

Kedua-dua pemimpin itu turut mengesahkan hubungan dua hala sempena ulang tahun ke 25 jalinan hubungan diplomatik.
Sumber : CNA/IQ/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita