Skip to main content

Singapura

SG, Uzbekistan meterai 4 perjanjian bidang pelancongan & keselamatan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura dan Uzbekistan memeterai empat perjanjian bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang-bidang seperti pelancongan dan keselamatan.

Kesepakatan tersebut disaksikan oleh Presiden Halimah Yacob yang sedang melakukan lawatan lima hari ke Asia Tengah.

Turut hadir sama adalah pemimpin Uzbekistan Presiden Shavkat Mirziyoyev.

Salah satu perjanjian melibatkan pertukaran amalan-amalan terbaik dalam pemasaran produk-produk pelancongan.

Satu lagi perjanjian adalah jalinan kerjasama untuk membanteras dan mencegah jenayah.

Lainnya termasuk kerjasama budaya serta program antara Kementerian Keadilan Uzbekistan dengan Kementerian Undang-Undang Singapura bagi dua tahun mendatang.

Presiden Halimah turut memeriksa barisan pengawal kehormatan di Istana Kuksaroy.

Beliau turut menanam sebatang pohon selain diraikan dalam satu jamuan negara oleh Presiden Uzbekistan.

Presiden Halimah turut berucap di sebuah forum yang dihadiri para peniaga dari Singapura dan Uzbekistan.

Beliau menyeru pihak syarikat agar lebih proaktif bagi mencari peluang-peluang supaya dapat terus berjaya.

"Dalam lanskap global hari ini, ketegangan geopolitik dan perpecahan menjadi kebimbangan yang meningkat.
Oleh itu, daya tahan serta kepelbagaian ekonomi kini semakin genting," kata Presiden Halimah.
Sumber : CNA/IQ/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita