Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG utus takziah kepada Vietnam atas bencana Taufan Yagi

Anggaran Waktu Membaca:
SG utus takziah kepada Vietnam atas bencana Taufan Yagi

(gambar: AFP/ LAO NATIONAL RADIO)

SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong dan Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan mengutuskan kawat takziah kepada rakan-rakan sejawatan mereka di Vietnam atas korban jiwa yang disebabkan oleh Taufan Yagi.

Dalam suratnya kepada Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh, PM Wong berkata beliau turut bersedih apabila dikhabarkan tentang kemusnahan dan kehilangan nyawa akibat taufan itu yang membadai banyak kawasan di utara Vietnam.

PM Wong juga berkata sebagai negara anggota ASEAN, rakan kongsi strategik dan rakan Vietnam, Singapura bersedia menghulurkan bantuan kepada Vietnam sewaktu masa-masa sukar ini.

"Bagi pihak Pemerintah Singapura, saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, dan saya bersimpati ke atas mereka yang terkesan" tulis PM Wong.

Sementara itu, Dr Balakrishnan mengutuskan kawat takziah kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Ehwal Luar Vietnam Bui Thanh Son.

"Saya amat sedih untuk dimaklumkan tentang kesan Taufan Yagi yang sangat teruk, yang menyebabkan kehilangan nyawa dan kerosakan buruk di utara Vietnam," tulisnya.

"Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, dan berharap mereka yang cedera segera pulih. Tolong beritahu saya jika Singapura boleh menghulurkan bantuan."

Taufan Yagi melanda wilayah Hai Phong dan Quang Ninh di Vietnam pada Sabtu (7 Sep) lalu selepas ia membadai selatan China dan Filipina.

Ia merupakan ribut paling dahsyat yang melanda Vietnam dalam tempoh 30 tahun.

Media tempatan di Vietnam melaporkan angka korban taufan tersebut meningkat kepada 179 orang dan lagi 145 masih dilaporkan hilang.
Sumber : CNA/HA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan