Skip to main content

Singapura

SG utus takziah kepada Filipina susuli gempa bumi; siap sedia hulurkan bantuan

Perdana Menteri Lawrence Wong mengutuskan kawat takziah kepada Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr setelah sebuah gempa bumi mengorbankan puluhan penduduk dan menimpakan kemusnahan, menurut Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) pada Isnin (15 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 Jun 2026 03:39PM Dikemas Kini : 14 Jul 2026 08:52PM
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong mengutuskan kawat takziah kepada Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr setelah sebuah gempa bumi mengorbankan puluhan penduduk dan menimpakan kemusnahan, menurut Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) pada Isnin (15 Jun).

Encik Wong juga berkata Singapura bersedia membantu Filipina jika perlu.

Gempa bumi sekuat 7.8 magnitud melanda Filipina pada 8 Jun dan sejauh ini mengorbankan sekurang-kurangnya 61 orang.

Puluhan lagi orang dilaporkan hilang dalam gempa susulan yang berlaku beberapa hari selepas itu.

Buat masa ini tiada laporan mengenai rakyat Singapura yang cedera dalam gempa tersebut, namun MFA menyatakan pihaknya sedang memantau situasi itu dengan teliti.

MFA juga sudah menghubungi rakyat Singapura yang sudah berdaftar di kawasan terjejas bagi menghulurkan sebarang bantuan konsular sewajarnya.

"Disebabkan oleh kemungkinan berlaku gempa susulan, rakyat Singapura yang berada di kawasan terjejas dinasihatkan supaya terus berwaspada, mengambil semua langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan," menurut MFA.

Mereka yang berada atau melakukan perjalanan ke Filipina sangat digalakkan untuk berdaftar menerusi online bersama MFA dan membeli insurans perjalanan komprehensif.

Rakyat Singapura di Filipina yang memerlukan bantuan konsular boleh hubungi Kedutaan Singapura di Manila atau hubungi talian hotline 24 jam Pejabat Duti MFA di 6379 8800 atau 6379 8855.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita