SG utus takziah kepada Amerika atas nahas American Airlines
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AP/Alex Brandon)
SINGAPURA: Singapura pada Jumaat (31 Jan) mengutuskan takziah kepada Amerika Syarikat atas nahas pesawat penumpang American Airlines yang bertembung dengan sebuah helikopter tentera di Washington, yang meragut 67 nyawa.
Kementerian Ehwal Luar (MFA) turut menyatakan pada Jumaat bahawa sejauh ini tiada warga Singapura dilaporkan terlibat dalam nahas tersebut.
"Pemerintah Singapura mengutuskan takziah yang mendalam kepada pemerintah Amerika Syarikat dan keluarga mangsa nahas pesawat 5342 American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera Amerika berhampiran Lapangan Terbang Nasional Reagan pada 29 Januari 2025," kata seorang jurucakap MFA dalam satu kenyataan.
"Kedutaan Singapura di Washington DC sedang berhubungan dengan pihak berkuasa Amerika. Setakat ini, tiada warga Singapura dilaporkan terjejas oleh nahas tersebut."
Kesemua 60 penumpang dan empat anak kapal dalam pesawat itu - yang sedang melakukan penerbangan antara Wichita, Kansas dengan Washington - dan ketiga-tiga anggota tentera dalam helikopter itu maut apabila kedua-dua pesawat bertembung pada Rabu (29 Jan) malam, yang menyebabkan letupan dahsyat sebelum kedua-dua pesawat terhempas ke dalam Sungai Potomac.
American Eagle yang melakukan penerbangan itu adalah anak syarikat American Airlines.
Dua warga China dan seorang warga Filipina adalah antara mangsa yang terkorban dalam nahas itu.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.