SG usul pindaan terhadap undang-undang berkaitan perkongsian bahan lucah
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan. (Gambar: iStock)
- Singapura sedang mengorak langkah untuk memastikan penghantaran bahan lucah yang menampilkan orang dewasa yang dilakukan secara peribadi dan dengan persetujuan kedua-dua pihak tidak akan menjadi satu kesalahan jenayah.
- Pindaan itu juga bertujuan menangani penyebaran bahan lucah berskala besar secara elektronik.
- Pindaan terhadap undang-undang itu juga meliputi kesan kecerdasan buatan (AI) terhadap imej intim dan bahan penderaan kanak-kanak.
- Selain itu, pindaan tersebut juga termasuk perlindungan untuk penjawat awam terhadap doxxing iaitu perbuatan mendedahkan maklumat peribadi seseorang dan tuduhan palsu.
SINGAPURA: Singapura sedang mengorak langkah untuk memastikan penghantaran bahan lucah yang menampilkan orang dewasa yang dilakukan secara peribadi dan dengan persetujuan kedua-dua pihak tidak akan menjadi satu kesalahan jenayah.
Di bawah siri perubahan yang diusulkan kepada undang-undang jenayah negara, hukuman lebih berat juga akan dikenakan terhadap kes-kes bahan lucah melibatkan individu bawah usia 18 tahun, berbanding 16 tahun sekarang.
Ia bagi melindungi kanak-kanak bawah umur dengan lebih baik dan selaras dengan konvensyen antarabangsa mengenai pornografi kanak-kanak, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam satu kenyataan media pada Selasa (14 Okt).
MHA juga menjelaskan bahawa penghantaran bahan lucah tanpa persetujuan bersama; serta bahan-bahan lucah yang menampilkan individu bawah usia 16 tahun atau golongan bawah umur bawah usia 18 tahun dalam hubungan bersifat ekploitasi dengan pesalah, tetap satu kesalahan jenayah.
Rang Undang-Undang Jenayah (Pelbagai Pindaan) dibentangkan di Parlimen pada Selasa oleh Menteri Negara Kanan bagi Ehwal dalam Negeri merangkap Ehwal Luar Sim Ann.
Ia bertujuan merasionalkan dan mengemas kini undang-undang jenayah Singapura, termasuk Kanun Keseksaan dan perundangan lain.
"Ia berdasarkan pindaan sebelumnya terhadap Kanun Keseksaan pada 2019 dan 2021, yang antara lain, meningkatkan perlindungan bagi mangsa yang mudah terdedah, memperkenalkan kesalahan baharu bagi menangani trend jenayah baharu dan menentukur skop dan penalti bagi kesalahan sedia ada," menurut MHA.
MENANGANI PLATFORM DAN AI
Pindaan itu juga bertujuan menangani penyebaran bahan lucah berskala besar secara elektronik.
"Kemajuan teknologi membolehkan bahan-bahan sedemikian dihantar dengan lebih cepat dan kepada jumlah individu yang lebih ramai pada kos minimum atau tiada kos sama sekali," tambah MHA.
Ia menarik perhatian bahawa hukuman sedia ada di bawah Kanun Keseksaan - yang meliputi tindakan berkaitan bahan-bahan lucah, termasuk penjualan dan pengagihan - tidak memadai untuk menangani kes-kes lebih serius.
Oleh itu, ia akan menjadi satu kesalahan untuk menubuhkan atau menguruskan sebarang lokasi online bagi memudahkan penyebaran berskala besar sedemikian.
Hukumannya adalah hukuman penjara wajib sehingga lima tahun serta potensi didenda.
Ini termasuk kumpulan sembang dan saluran di WhatsApp dan Telegram; laman dan blog; serta saluran di laman perkongsian video seperti YouTube.
"Lokasi online sedemikian memudahkan dan meningkatkan penyebaran bahan lucah. Berbanding dengan ahli lokasi online yang berkongsi kandungan lucah, para pentadbir mempunyai tahap kesalahan yang lebih tinggi," menurut MHA.
Terdapat juga hukuman yang dipertingkatkan bagi kesalahan mengedarkan bahan lucah kepada 10 orang atau lebih daripada itu.
Pindaan terhadap undang-undang itu juga meliputi kesan kecerdasan buatan (AI) terhadap imej intim dan bahan penderaan kanak-kanak.
Takrifan semasa sudah meliputi sebilangan besar bentuk 'deepfake' dan ia juga meliputi bahan penderaan kanak-kanak yang dijana oleh komputer.
Rang Undang-Undang itu bertujuan mengambil kira kemajuan teknologi selanjutnya sejak perubahan kali terakhir pada 2019, untuk meliputi imej sintetik yang dijana AI.
"Takrifan 'imej intim' pada ketika ini hanya tertakluk kepada imej yang dicipta dengan mengubah imej atau rakaman sedia ada," menurut MHA.
"Walaubagaimanapun, model-model AI yang semakin canggih bermakna imej sintetik sepenuhnya boleh dihasilkan. Imej-imej yang dijana itu juga tidak menyenangkan seperti imej yang dicipta dengan mengubah imej dan rakaman sedia ada."
Menghasilkan imej intim tanpa persetujuan, termasuk yang dihasilkan oleh AI, juga akan menjadi satu kesalahan, dengan hukuman yang serupa dengan voyeurisme dan pemilikan imej-imej tersebut.
Definisi bahan penderaan kanak-kanak juga akan merangkumi bahan penderaan kanak-kanak yang dihasilkan oleh komputer, walaupun tanpa bukti bahawa imej sebenar kanak-kanak digunakan dalam penghasilan bahan tersebut.
Selain itu, pindaan tersebut juga termasuk perlindungan untuk penjawat awam terhadap doxxing iaitu perbuatan mendedahkan maklumat peribadi seseorang dan tuduhan palsu.
Doxxing boleh menghalang atau menyukarkan penjawat awam atau pekerja perkhidmatan awam daripada menjalankan tugas mereka, menurut MHA.
"Apabila disertai dengan kepalsuan, ia juga boleh melemahkan keyakinan orang ramai terhadap institusi awam kita dari masa ke masa," tambah kementerian itu.
Undang-undang semasa adalah terhad kerana ia memerlukan bukti bahawa mangsa mengalami gangguan, kegusaran atau kesusahan; atau bahawa kepalsuan yang disampaikan mengurangkan keyakinan orang ramai terhadap institusi awam dalam kes tertentu itu.
Rang Undang-Undang tersebut mencadangkan untuk menghapuskan keperluan untuk membuktikan bahawa mangsa mengalami sedemikian, selagi pesalah mempunyai niat untuk mengganggu.
Ia juga akan menjadikan doxxing terhadap penjawat awam sebagai jenayah apabila disertai dengan kepalsuan tentang orang yang terlibat, yang diketahui atau dipercayai oleh pesalah adalah palsu.
Kesalahan baharu ini boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga S$10,000.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.