SG ungguli senarai di ASEAN bagi kelompok sains & teknologi: WIPO
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura mengungguli senarai bagi kelompok sains dan teknologi di seluruh Asia Tenggara.
Demikian menurut satu indeks Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) yang menjejak inovasi kejuruteraan, teknologi dan kimia dalam ekonomi global.
Tujuh daripada 10 kelompok sains dan teknologi terdapat di Asia, dengan Tokyo dan Shenzen menduduki dua tempat teratas.
Di peringkat sejagat, Singapura berada di tangga ke-33, walaupun negara ini berukuran sangat kecil.
Senarai tersebut turut menunjukkan bahawa ekonomi-ekonomi membangun semakin meningkatkan inovasi mereka.
Menurut WIPO, memanfaatkan idea-idea yang bernas dari pelbagai negara boleh membantu mengatasi cabaran sejagat seperti perubahan iklim.
Di Singapura, satu daripada tiga ciptaan baharu sejak lima tahun lalu dipaten menerusi kolaborasi dengan pencipta-pencipta luar negara.
Ketua Pengarah WIPO Daren Tang berkata: "Ranking ini menunjukkan bahawa dalam banyak bahagian dunia, kajian saintifik dan kegiatan membuat paten semakin berkembang.
"Sudah tentu ujiannya adalah sama ada penyelidikan boleh dikomersilkan menjadi produk dan perkhidmatan, serta seterusnya menjadi pekerjaan, pelaburan dan semua itu," jelasnya.

Sumber : CNA/IQ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.