Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG ungguli sektor prasarana & maritim; ekonomi paling berdaya saing di dunia

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 Nov 2024 06:35PM Dikemas Kini : 01 Nov 2024 10:08PM
SINGAPURA: Singapura meraikan beberapa pencapaian kali pertama dalam kad laporan dwitahunan yang mencatatkan kemajuan negara.

Tidak sahaja mengungguli dunia dalam sektor prasarana dan maritim, Singapura juga memiliki ekonomi yang paling berdaya saing di dunia.

Semakan Hasil Sektor Awam terkini menggariskan prestasi Singapura dalam bidang-bidang utama kepentingan negara.

Ini termasuk pekerjaan, keluarga dan kesihatan.

Singapura menduduki tangga teratas di dunia dalam perkapalan, pelabuhan dan logistik untuk enam kali berturut-turut.

Bagi mengekalkan prestasi itu, negara ini memperkukuhkan keterhubungannya secara fizikal dan digital di laut dan darat.

Ia juga melabur dalam bidang-bidang yang sedang berkembang seperti kecerdasan buatan (AI) dan kemampanan.

Mempunyai tenaga kerja yang relevan adalah kunci bagi memastikan Singapura kekal berdaya saing di peringkat sejagat.

98 peratus pekerja yang menamatkan kursus SkillsFuture menonjolkan prestasi lebih baik pada 2023.

Ketidaksamarataan pendapatan pula susut kepada 0.371, dengan langkah-langkah sokongan menyediakan jaringan keselamatan buat pekerja serta keluarga mereka.

Ini termasuk perumahan awam yang dimampui dengan masa menunggu lebih singkat dan lebih 200,000 tempat di prasekolah untuk anak-anak mereka.

Dari segi kesihatan, rakyat Singapura juga hidup lebih lama dan lebih sihat.

Usia persaraan dan pengambilan semula kerja yang lebih tinggi memberi warga emas lebih banyak peluang untuk bekerja dan kekal aktif menerusi inisiatif Sihat Menua SG.

Usaha juga sedang dijalankan bagi meningkatkan sistem jagaan kesihatan agar ia bersedia untuk memenuhi keperluan hari muka.

Kemajuan negara memerlukan asas yang kukuh.

9 daripada 10 rakyat Singapura yakin dengan angkatan tentera dan pasukan Home Team untuk menjaga serta menjamin keselamatan negara.

Namun, pihak berkuasa akur bahawa penipuan online kekal sebagai satu cabaran.

Untuk sentiasa unggul dalam persaingan global, Singapura akan terus mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan antarabangsanya dan membuka pintu bagi firma-firma tempatan menebarkan sayap ke luar negara.
Sumber : CNA/FZ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan