SG ulangi pendirian warga Palestin berhak miliki tanah air sendiri
Anggaran Waktu Membaca:

Penduduk Palestin membuat perjalanan pulang ke bahagian utara Carikan Gaza pada 29 Januari 2025. (Gambar: Eyad BABA / AFP)
SINGAPURA: Singapura menegaskan pendiriannya sejak sekian lama bagi hak rakyat Palestin untuk memiliki tanah air mereka sendiri.
Kementerian Ehwal Luar (MFA) menyatakan Singapura sentiasa bekerja rapat dengan Penguasa Palestin, terutama menerusi Pakej Bantuan Teknikal Yang Dipertingkat.
Matlamatnya adalah untuk meningkatkan keupayaan Penguasa Palestin mentadbir dan membangunkan wilayah Palestin.
Tambah MFA, Singapura percaya, huraian dua negara adalah satu-satunya jalan bagi mencapai penyelesaian yang menyeluruh, adil dan berkekalan kepada konflik Israel-Palestin.
Sebelum ini, Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan turut mendedahkan bahawa Singapura bakal menghantar agihan ketujuh bantuannya ke Gaza di tengah-tengah gencatan senjata.

Sumber : CNA/IQ/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.