Skip to main content

Singapura

SG, UK terus teroka kerjasama dalam pelbagai bidang baru

Anggaran Waktu Membaca:
SG, UK terus teroka kerjasama dalam pelbagai bidang baru

Presiden Halimah Yacob, yang ditemani suami beliau Mohammed Abdullah Alhabshee, menyambut ketibaan Putera Charles dan isteri di Istana pada 2017. (Gambar fail: Howard Law)

LONDON: Singapura dan United Kingdom akan terus meneroka bidang-bidang kerjasama baru bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang sudah terjalin sekian lama.

Presiden Halimah Yacob berkata demikian di London selepas menghadiri istiadat kemahkotaan Raja Charles III.

Beliau memberitahu Mediacorp, Singapura dan UK adalah rakan penting yang berkongsi hubungan perdagangan dan pelaburan serta hubungan di peringkat rakyat.

"Dari segi perdagangan dan pelaburan, kami juga telah bekerjasama dalam bidang-bidang lain. Kami menandatangani perjanjian ekonomi digital, kami juga menjalin kerjasama dalam ekonomi hijau. Jadi, kami terus meneroka bidang-bidang baru dan oleh itu menyediakan peluang baru bagi pertumbuhan daya inovasi, dan itu adalah sesuatu yang mesti kita lakukan sepanjang masa, dari segi membina hubungan."

Di ibu kota Britain itu, Presiden Halimah telah juga menghadiri majlis jamuan ringan dengan lebih 200 warga Singapura yang berpangkalan di London.

Beliau menggesa mereka supaya terus menjalin hubungan dengan Singapura dan memberi sumbangan kepada babak pembangunan negara yang selanjutnya.
Sumber : CNA/MU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita