SG uji teknologi baharu kurangkan separuh tenaga prarawatan air laut
Anggaran Waktu Membaca:
Membran seramik kepingan rata.(Gambar: CNA)
- PUB Singapura, Meiden dan Yayasan Penyelidikan Nasional Singapura menjalankan percubaan teknologi membran seramik di Tuas sejak Jun.
- Teknologi ini bertujuan menggantikan prarawatan tiga peringkat air laut dengan satu langkah, menjimatkan sehingga 50 peratus tenaga.
- Membran seramik didapati lebih tahan lama dan mampu beroperasi dalam keadaan air laut yang mencabar, walaupun kos pemasangan awal lebih tinggi.
- Usaha ini sebahagian daripada strategi Singapura untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan tanah serta meningkatkan daya tahan bekalan air negara.
SINGAPURA: Singapura sedang menguji kaedah baharu menyediakan air laut untuk penyulingan yang boleh mengurangkan separuh tenaga yang digunakan dalam proses prarawatan.
Percubaan di Tuas menilai sama ada teknologi membran seramik yang dibangunkan syarikat Jepun, Meiden, boleh menggantikan proses prarawatan tiga peringkat yang kini digunakan untuk menghapuskan bahan pencemar daripada air laut.
Agensi air negara PUB menyatakan, jika teknologi itu terbukti boleh dipercayai dan berkesan dari segi kos, ia akhirnya boleh digunakan di loji penyulingan di seluruh Singapura.
Sebelum proses penyulingan utama, bahan-bahan seperti kotoran, alga dan gris perlu dihapuskan bagi mengelakkan membran yang digunakan pada peringkat rawatan seterusnya tersumbat.
Pada masa ini, proses prarawatan tersebut melibatkan tiga peringkat. Sistem baharu yang diuji bertujuan menggabungkannya dalam satu langkah yang lebih padat menggunakan membran seramik.
“Teknologi ini membolehkan kita menjimatkan 50 peratus tenaga yang diperlukan untuk prarawatan air laut,” kata Ketua Kejuruteraan dan Teknologi PUB, Dr Gurdev Singh.
“Ini membolehkan kita menghasilkan air pada mutu tinggi yang sama seperti hari ini, dengan tenaga yang jauh lebih rendah dan menggunakan ruang yang lebih kecil.”
Percubaan itu merupakan kerjasama antara agensi air negara P-U-B, Meiden Singapore dan Yayasan Penyelidikan Nasional Singapura.
Loji demonstrasi berskala besar di Tuas memulakan percubaan pada Jun dan akan beroperasi selama sekitar enam bulan untuk menilai kestabilan serta potensi penjimatan tenaganya.
Ia mempunyai 24,000 keping membran seramik dan boleh menghasilkan sehingga 6 juta gelen air penapis sehari untuk proses rawatan seterusnya.
PUB turut mengkaji sejauh mana sistem itu dapat berfungsi apabila keadaan air laut memburuk, termasuk ketika berlaku ledakan alga atau tumpahan minyak.
Meiden menyatakan, membran seramik lebih tahan lasak berbanding membran polimer konvensional dan boleh terus beroperasi dalam keadaan air laut yang mencabar.
PUB menyatakan, ketahanan membran seramik boleh membantu menjadikan proses rawatan air Singapura lebih berdaya tahan terhadap gangguan.
“Ini semakin penting bagi kita untuk terus meningkatkan daya tahan proses rawatan kita dalam menghadapi perubahan iklim serta insiden di laut,” kata Dr Gurdev.
Membran seramik lebih mahal untuk dipasang berbanding membran polimer yang digunakan ketika ini, namun menurut Meiden, jangka hayatnya yang lebih lama boleh mengimbangi kos permulaan yang lebih tinggi.
Membran seramik boleh bertahan sekitar 20 tahun, berbanding sekitar lima hingga tujuh tahun bagi membran polimer.
Bagi PUB, percubaan itu sebahagian daripada usaha lebih luas untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan tanah yang diperlukan bagi menghasilkan air, selain memperkukuh daya tahan bekalan air Singapura.

Sumber : CNA/LL/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.