SG ucap tahniah kepada William Lai menangi pilihan raya Taiwan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura mengucapkan tahniah kepada William Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik (DPP)selepas beliau memenangi Pilihan Raya Presiden Taiwan pada Sabtu (13 Jan).
"Kami mengalu-alukan keputusan pilihan raya itu dan mengucapkan tahniah kepada Dr William Lai dan partinya atas kemenangan mereka," kata jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Ahad sebagai menjawab pertanyaan media.
"Singapura dan Taiwan berkongsi hubungan mesra yang sudah lama terjalin dan kita akan terus mengembangkan hubungan ini berdasarkan dasar 'Satu China Singapura'."
Jurucakap itu menambah bahawa Singapura secara konsisten menyokong pembangunan hubungan yang aman antara China dengan Taiwan.
"Melalui dialog, membina kepercayaan, dan kerjasama akan memberi manfaat kepada kedua-dua belah selat," kata jurucakap MFA itu.
"Ini akan menyumbang kepada kestabilan dan kemakmuran rantau yang lebih luas dan disambut baik oleh Singapura dan masyarakat antarabangsa."
Dr Lai memenangi 40.05 peratus undi, dengan selesa mendahului calon Kuomintang (KMT) Encik Hou Yu-ih dengan 33.49 peratus undi dan Parti Rakyat Taiwan (TPP) Dr Ko Wen-je dengan 26.46 peratus, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat Taiwan.
DPP kehilangan majoriti kerusi parlimen, memperoleh 51 kerusi daripada 113 kerusi yang ada. KMT mendapat kerusi terbanyak, 52, dan TPP memenangi lapan kerusi. Dua kerusi dimenangi oleh calon bebas.
Keputusan pilihan raya itu diawasi rapat oleh China dan Amerika Syarikat yang merupakan rakan tentera utama pulau itersebut, ketika dua kuasa besar itu bergelut untuk memperluaskan pengaruh secara strategik di wilayah separa autonomi itu.
DPP memerintah sejak lapan tahun lalu di bawah Presiden Tsai Ing-wen.
Dr Lai, mantan Datuk Bandar Tainan, adalah penyokong kuat kemerdekaan Taiwan. Saingan dan pengkritiknya berkata pemilihan beliau akan membahayakan Taiwan dan mengancam keamanan dengan China.
Dalam ucapan kemenangannya, beliau menawarkan 'olive branch' (menghulurkan perdamaian) kepada pembangkang dan China.
"Ini memajukan lagi kesejahteraan rakyat di kedua-dua belah Selat Taiwan dan mencapai matlamat kami bagi keamanan dan kemakmuran bersama."
Sejurus selepas kemenangan Dr Lai, Pejabat Hal Ehwal Taiwan China berkata kemenangannya tidak akan mengubah landskap asas hubungan dua hala.
Jurucakap Pejabat Hal Ehwal Majlis Negeri Taiwan, Chen Binhua, berkata keputusan menunjukkan DPP tidak boleh mewakili pendapat umum di pulau itu, menurut kenyataan yang diterbitkan agensi berita negara Xinhua.

Sumber : CNA/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.