SG turunkan ramalan eksport tahun ini kepada 4-5%
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura memperhalusi ramalan eksportnya tahun ini kepada 4 hingga 5 peratus, berbanding 4 hingga 6 peratus sebelum ini.
Ini berikutan kemerosotan sebanyak 6.4 peratus dalam eksport domestik bukan minyak atau NODX pada suku kedua - lebih pantas berbanding kemerosotan 3.4 peratus pada suku sebelumnya.
Para penganalisis berkata walaupun eksport utama pada separuh kedua tahun ini akan dirangsang oleh pemulihan pada sektor elektronik, masih terdapat kelemahan dalam sektor bioperubatan.
"Dalam sektor elektronik, jika anda bandingkan Singapura dengan ekonomi-ekonomi lain yang terdedah kepada kitaran teknologi seperti Korea dan Taiwan, melihat kepada pemulihan Singapura, momentumnya masih berkurangan," ulas pakar ekonomi dari HSBC, Yun Liu.
"Ini bermakna dalam separuh kedua tahun ini, kita mungkin akan menyaksikan risiko lebih positif bagi kitaran elektronik."
Menurut Enterprise Singapore, eksport utama negara masih menghadapi risiko lebih tinggi.
Ini termasuk pemulihan lebih lemah daripada ramalan untuk separuh kedua tahun ini.
Keseluruhan dagangan barangan termasuk minyak - tumbuh sebanyak 10.1 peratus dalam suku kedua.
Ia jauh lebih tinggi berbanding pertumbuhan 4.8 peratus yang dicatatkan pada suku sebeumnya.
Lantaran itu, Enterprise SG membuat penyesuaian pada ramalan keseluruhan dagangan bagi separuh kedua tahun ini, iaitu antara 5 hingga 6 peratus, berbanding 4 hingga 6 peratus sebelum ini.
Harga minyak lebih tinggi dijangka memacu pertumbuhan tersebut.

Sumber : CNA/AI/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.