Skip to main content

Singapura

SG Turf Club anjur perlumbaan terakhir selepas lebih 180 tahun beroperasi

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ribuan orang berbondong-bondong ke Singapore Turf Club di Kranji pada Sabtu (5 Okt) untuk menyaksikan perlumbaan terakhir.

Kelab itu menganjurkan Grand Singapore Gold Cup sebagai acara perpisahan, dengan menampilkan 10 perlumbaan bagi penghormatan kepada sejarahnya sedang ia melabuhkan tirai operasinya.

Semasa Mediacorp tiba di kelab itu pada pukul 9.40 pagi - hampir dua jam sebelum perlumbaan pertama bermula - para hadirin sudahpun berada di sana.

Sebahagiannya lengkap bergaya, dengan para wanita memakai 'dress' panjang dan yang lelaki memakai sut.

Salah seorang daripada mereka, pelakon mapan Richard Low, berkata beliau sering menyaksikan perlumbaan di Singapore Turf Club kerana rakannya merupakan seorang pemilik kuda dari kandang Lim's Stables.

"Beliau akan mengajak saya, dan ini yang terakhir di Singapura," kata Encik Low.

"Saya agak ghairah. Kuda beliau menang banyak perlumbaan tahun ini."

Katanya, beliau sering memakai sut ke acara perlumbaan namun sut yang dipakai hari ini adalah yang paling cantik.

Encik menambah perlumbaan kuda adalah sukan yang indah dan beliau berasa sukar untuk percaya bahawa ia akan berakhir.

"Ia satu kerugian dari segi hiburam, khususnya bagi warga tua," ujar beliau.

"Namun kita mesti berfikiran jauh," kata Encik Low, yang akur tentang perancangan pemerintah untuk membangunkan semula kawasan itu.
Sumber : CNA/NK/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita