SG tubuh unit pertahanan digital bagi tangani ancaman terhadap prasarana kritikal
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah unit pertahanan digital baharu ditubuhkan untuk menangani ancaman siber yang menyasarkan prasarana kritikal Singapura.
Pusat Pertahanan Digital (DDH) yang baharu itu ditempatkan dalam Pusat Teknologi Infokom Strategik (CSIT), iaitu sebuah agensi teknikal di bawah Kementerian Pertahanan.
CSIT dalam kenyataan medianya pada Jumaat (17 Okt) menyatakan, unit itu akan fokus untuk menyediakan perkhidmatan dan keupayaan keselamatan siber lanjutan kepada seluruh entiti pemerintah bagi melawan pelaku ancaman siber canggih yang dikenali sebagai kumpulan "ancaman berterusan yang canggih" (APT).
APT adalah kelompok yang berkemahiran tinggi, mempunyai sumber yang mencukupi, dan biasanya dikaitkan dengan negara.
Penubuhan hab tersebut diumumkan oleh Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, K Shanmugam, semasa persidangan teknikal tahunan tertutup CSIT, TechCon, edisi ketiga.
TANGANI ANCAMAN CANGGIH SEPERTI UNC3886
Pada Julai lalu, Singapura mendedahkan wujudnya APT yang dikenali sebagai UNC3886, yang menyerang prasarana maklumat kritikal negara.
Encik Shanmugam berkata pada masa itu bahawa pelaku ancaman tersebut menimbulkan bahaya serius kepada Singapura dan boleh menjejas keselamatan negara.
Dalam ucapannya di TechCon pada Jumaat, menteri itu menekankan bahawa serangan yang disyaki dilakukan oleh APT ke atas Singapura sudah medlonjak lebih empat kali ganda antara tahun 2021 dengan 2024.
Beliau turut merujuk kepada perang Rusia-Ukraine, di mana APT melumpuhkan prasarana kritikal dan menyebabkan gangguan bekalan elektrik meluas sebelum serangan fizikal dilancarkan.
Encik Shanmugam, yang juga Menteri Ehwal Dalam Negeri, berkata setiap sektor sudah beralih ke digital: ID digital nasional Singpass menguasai lebih 2,700 perkhidmatan digital, manakala prasarana kritikal seperti tenaga dan jagaan kesihatan juga beroperasi pada rangkaian digital.
Selain APT, terdapat juga bentuk ancaman digital lain seperti perisian tebusan (ransomware), penipuan digital, dan banyak lagi yang menggunakan kecerdasan buatan (AI).
"Cabaran terus berkembang, dan jelas sekali kita semua perlu meningkatkan pertahanan digital kita. Ia adalah keutamaan kritikal," kata Encik Shanmugam.
Beliau juga menyentuh tentang perlunya untuk bekerjasama bagi mendedahkan aktiviti penyerang.
Sehubungan itu, Pusat Pertahanan Digital (DDH) akan bekerjasama dan menyokong agensi pemerintah seperti Agensi Keselamatan Siber (CSA) dengan kepakaran teknikalnya untuk memantau dan menyiasat APT yang menyasarkan sistem pemerintah dan prasarana kritikal Singapura.
Ini akan dilakukan melalui penyelidikan ancaman siber; analisis perisian hasad (malware analysis); pemburuan ancaman (threat hunting) untuk mencari secara proaktif ancaman siber yang tidak diketahui atau sedang berlaku dalam rangkaian pertubuhan; dan ujian penentangan (red teaming), yang melibatkan simulasi serangan siber pada sistem komputer.
Bagi analisis perisian hasad, CSIT sudah membangunkan Sistem Analisis dan Atribusi Perisian Hasad Automatik (ACUBE) yang mengurangkan secara signifikan masa yang diambil untuk menganalisis perisian hasad.
Ketua Eksekutif CSIT, Darren Teo, mengatakan bahawa kerjasama erat dengan rakan industri adalah penting kerana ruang digital dan siber adalah luas dan saling berhubung secara global.
"Pemerintah perlu bekerjasama dengan industri untuk melawan pelaku ancaman yang mungkin beroperasi dari mana-mana sahaja di dunia," tambahnya.
"Melalui DDH, CSIT akan menyediakan platform untuk bekerjasama dalam membina keupayaan dan berkongsi risikan serta pandangan untuk melindungi ruang digital kita dengan lebih baik."

Sumber : CNA/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.