SG tubuh syarikat pastikan bekalan bahan api penerbangan mampan, stabil dan dimampui
Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) menubuhkan entiti baharu untuk melaksanakan perolehan berpusat bagi bahan api penerbangan mampan serta memastikan bekalan yang lebih dimampui dan stabil bagi Singapura dan rantau ini.
Anggaran Waktu Membaca:
- CAAS dalam kenyataannya pada Khamis (30 Okt) mengumumkan bahawa Singapore Sustainable Aviation Fuel Company (SAFCo) ditubuhkan bagi menyokong pelaksanaan dasar nasional bahan api penerbangan mampan Singapura.
- Menurut CAAS, SAFCo akan membantu Singapura mencapai matlamatnya untuk menggunakan bahan api mampan bagi satu peratus daripada keseluruhan bahan api jet yang digunakan di Lapangan Terbang Changi dan Seletar pada 2026, sebelum dinaikkan kepada tiga hingga lima peratus menjelang 2030.
- Mantan ketua pemasaran dan kemampanan global di Shell Low Carbon Solutions, Cik Tan Seow Hui, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SAFCo.
- Penubuhan SAFCo menyusuli kelulusan Rang Undang-Undang (Pindaan) Penguasa Penerbangan Awam Singapura baru-baru ini, yang memberi kuasa kepada CAAS untuk memungut cukai bahan api penerbangan mampan serta melantik sebuah entiti perolehan pusat.
SINGAPURA: Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) menubuhkan entiti baharu untuk melaksanakan perolehan berpusat bagi bahan api penerbangan mampan serta memastikan bekalan yang lebih dimampui dan stabil bagi Singapura dan rantau ini.
CAAS dalam kenyataannya pada Khamis (30 Okt) mengumumkan bahawa Singapore Sustainable Aviation Fuel Company (SAFCo) ditubuhkan bagi menyokong pelaksanaan dasar nasional bahan api penerbangan mampan Singapura.
Menurut CAAS, SAFCo akan membantu Singapura mencapai matlamatnya untuk menggunakan bahan api mampan bagi satu peratus daripada keseluruhan bahan api jet yang digunakan di Lapangan Terbang Changi dan Seletar pada 2026, sebelum dinaikkan kepada tiga hingga lima peratus menjelang 2030.
Ketua Pengarah CAAS, Han Kok Juan, yang akan turut mempengerusikan SAFCo, berkata kepada wartawan semasa sidang media bahawa syarikat itu akan menghimpunkan pihak-pihak berkepentingan seperti syarikat penerbangan, pengeluar bahan api dan platform pasaran karbon, yang boleh mengurangkan kos bahan api secara tidak langsung.
“Jika kita mempunyai cara perolehan bahan api penerbangan mampan yang digabungkan dan lebih cekap, kita dapat menghantar isyarat permintaan yang lebih kukuh kepada para pengeluar,” kata beliau.
“Ini diharap dapat merangsang pelaburan dan pengeluaran, dan justeru memberi kesan yang dapat menstabilkan harga.”
Tahun lalu, CAAS menganggarkan kos bahan api penerbangan mampan adalah sekitar tiga hingga lima kali ganda lebih mahal berbanding bahan api jet konvensional.
Mantan ketua pemasaran dan kemampanan global di Shell Low Carbon Solutions, Cik Tan Seow Hui, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SAFCo.
Menjawab soalan tentang bagaimana pendekatan SAFCo berbeza daripada amalan perolehan sedia ada, beliau berkata syarikat itu membolehkan pembelian dalam skala yang lebih besar.
MODEL PEROLEHAN DAN PEMBIAYAAN
Encik Han berkata perolehan, yang disasarkan bermula pada 2026, akan dijalankan melalui “proses tender yang telus dan berdaya saing” melibatkan pembekal yang memenuhi piawaian kemampanan antarabangsa.
SAFCo sudah mula berunding dengan perniagaan dan syarikat penerbangan yang menunjukkan minat terhadap mekanisme perolehan itu, dan perbincangan masih dijalankan.
Pada tahun pertamanya, syarikat itu merancang untuk menggajikan sekitar 10 kakitangan, dan jumlah tersebut akan “dinilai dan disesuaikan selepas itu”.
Ia juga sedang mencari lokasi untuk pejabatnya, dengan kos permulaan akan dibiayai sepenuhnya oleh CAAS.
Penubuhan SAFCo menyusuli kelulusan Rang Undang-Undang (Pindaan) Penguasa Penerbangan Awam Singapura baru-baru ini, yang memberi kuasa kepada CAAS untuk memungut cukai bahan api penerbangan mampan serta melantik sebuah entiti perolehan pusat.
Keutamaan SAFCo ialah menubuhkan sistem untuk memungut cukai daripada penumpang. Hasil cukai itu akan dimasukkan ke dalam satu tabung khas bagi membeli bahan api penerbangan mampan.
Anggaran awal CAAS tahun lalu menunjukkan bahawa penumpang kelas ekonomi mungkin akan perlu membayar tambahan S$3 bagi penerbangan jarak dekat, S$6 bagi jarak sederhana dan S$16 bagi penerbangan jarak jauh.
“Sebagai contoh, jika ada cukai S$3 bagi penerbangan jarak dekat ke Bangkok dengan 100 penumpang, maka S$300 akan dikutip dan dimasukkan ke dalam tabung untuk membeli bahan api penerbangan mampan,” kata Encik Han.
Namun, beliau menambah bahawa butiran lanjut mengenai kutipan cukai tersebut dan kadar akhirnya masih perlu dimuktamadkan dan akan diumumkan kelak.
SASARAN
Encik Han menegaskan bahawa sasaran satu peratus itu bukan satu mandat, dan kadar sebenar boleh jadi lebih tinggi atau lebih rendah bergantung kepada harga pasaran.
Beliau berkata SAFCo akan mengambil "pendekatan peruntukan kos tetap”, iaitu dengan membelanjakan jumlah yang ditetapkan bagi bahan api penerbangan mampan tanpa mengira turun naik harga semasa.
“Kalau harga kopi naik esok, saya masih akan belanja S$2. Maknanya, saya tak minum secawan penuh, saya minum kurang sedikit daripada secawan.”
Walaupun sasarannya ialah satu peratus, kadar sebenar bahan api mampan yang digunakan akan bergantung kepada harga semasa ketika perolehan dibuat.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.