SG tubuh kumpulan kerja perkukuh pasaran modal teroka, ekuiti swasta
Kumpulan kerja baharu yang ditubuhkan untuk memperkukuh pasaran modal pertumbuhan Singapura akan berusaha merapatkan jurang antara pembiayaan swasta dengan penyenaraian awam, kata Timbalan Pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS) Chee Hong Tat pada Jumaat (13 Feb).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kumpulan kerja baharu yang ditubuhkan untuk memperkukuh pasaran modal pertumbuhan Singapura akan berusaha merapatkan jurang antara pembiayaan swasta dengan penyenaraian awam, kata Timbalan Pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS) Chee Hong Tat pada Jumaat (13 Feb).
Syarikat boleh meminjam daripada bank atau mengumpul modal melalui pasaran awam, dan pasaran swasta yang lebih kukuh akan menjadi “pelengkap yang berguna”, kata Encik Chee, yang akan mempengerusikan Kumpulan Kerja Modal Pertumbuhan tersebut.
Komponen berbeza dalam ekosistem itu akan saling memperkukuh antara satu sama lain, dan kesan rangkaiannya akan membolehkan Singapura memperluas rangkaian perkhidmatan serta pilihan bagi syarikat dan pelabur, kata beliau.
Kumpulan kerja itu diumumkan Perdana Menteri Lawrence Wong semasa kenyataan Belanjawan 2026, dan akan mengusulkan langkah untuk menyokong keperluan pembiayaan syarikat di Singapura serta rantau ini merentasi pelbagai peringkat pertumbuhan.
Ia akan meneliti bidang-bidang seperti modal teroka, ekuiti swasta dan kredit swasta, serta cara untuk meningkatkan penjanaan urus niaga, memudahkan pengumpulan modal dan membolehkan kitar semula modal secara berkesan.
Individu dengan nilai bersih yang tinggi dan pejabat keluarga merupakan penyumbang berpotensi kepada pasaran swasta Singapura, kata Encik Chee.
“Walaupun pinjaman bank secara tradisional merupakan kaedah pembiayaan utama dalam ekonomi Asia, sumber modal yang lebih rencam akan memberi manfaat kepada syarikat-syarikat dan ekonomi di rantau ini,” menurut kenyataan bersama MAS dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).
Encik Chee, yang juga Menteri Pembangunan Negara, berkata syarikat-syarikat di Asia sedang berkembang dan tumbuh, sementara pelabur pula berminat dengan peluang di rantau ini.
“Bekalan modal serta permintaan bagi modal memberikan peluang kepada kita sebagai hab kewangan yang diyakini untuk melihat bagaimana kita boleh meraih manfaat daripada pertumbuhan ini,” kata beliau.
Pasaran swasta boleh menyediakan modal kepada syarikat-syarikat yang belum bersedia untuk penyenaraian awam, kata beliau, sambil menambah bahawa prasarana merupakan bidang berpotensi kerana terdapat banyak pembangunan yang sedang berlaku di Asia, dan ia memerlukan modal jangka panjang.
Syarikat asing yang mungkin tidak dapat mengumpul modal di negara asal mereka boleh berbuat demikian di Singapura.
Encik Chee turut menekankan jurang sedia ada dalam sistem yang akan cuba dirapatkan oleh kumpulan kerja itu.
Ini termasuk syarikat-syarikat pemula teknologi tinggi yang mungkin tidak terhubung dengan pelabur yang dapat memahami dengan sepenuhnya kerja-kerja yang dilakukan serta keperluan pembiayaannya.
“Kita masih boleh terus membangunkan sebahagian sumber dan keupayaan dalam ekosistem kita untuk melakukannya dengan lebih baik,” kata beliau, sambil menambah ia akan memperkukuh industri perkhidmatan kewangan Singapura, mencipta pekerjaan dan menyokong keusahawanan.
Pengarah eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Temasek Holdings Dilhan Pillay serta CEO DBS Tan Su Shan akan menjadi sebahagian daripada kumpulan kerja itu, bersama wakil lain termasuk Pengarah Urusan MAS Chia Der Jiun dan Setiausaha Parlimen Kanan Kewangan Shawn Huang.
Kumpulan itu menyasarkan untuk menyiapkan semakan menjelang akhir 2027, dan akan memberi kemas kini sementara berhubung saranannya dari semasa ke semasa.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.